Dia Maha Mengetahui...

on Saturday, September 5, 2009
Telah dipesan oleh NYA supaya meletakkan empat syarat itu dalam memilih pasangan.. namun begitu kita Ini sesuka hati membuat guideline dan acuan sendri dlm hal ini.. alangkah ruginya.. (mungkin bodoh juga??)

pilihlah dia kerana agamanya... ternyata agama pelengkap segala.. melengkapi kecantikan.. menyempurnakan keturunan..

sayang mama.. ilham..
mama lah ibu yang paling bahagia dunia dan akhirat sekiranya anak mama berjaya di dalam hidupnya.. namun, bahagia lagi hati mama dan usia hidup dan mati mama sekiranya mama dapat mencorak ilham menjadi pemimpin yang mampu membawa keluarganya menelusuri jalan syurga.. sungguh indah.. tersenyum panjang mama sekarang membayangkan semua itu

ilham sayang..
jauhilah perkara lagha.. lalai dan sia2... bisa membuat ilham lupa pijak dunia dan kehadiran alam abadi di sana..
melihat suci murni wajah anak mama, mengalirkan air mata ini.. bagaimana ilham nanti.. sesuci murni seperti inikah juga?? mampukah mama melaksanakan amanah NYA ini dengan sebaik-baiknya..?

sayang mama...
jangan sekali2 meninggalkan lima waktu itu.. itulah tiang dan dinding diri ilham walau di mana pn ilham berada.. jadikanlah KALAMNYA-Al Quralnul Karim sebagai pegangan ilham.. itulah juga ubat penenang mama yg cukup mujarab.. ingatlah kepadaNYA di kala susah dan senang ilham.. percayalah.. ingatan itu mengalirkan kasih sayangNYA yang tidak berpenghujung.. sungguh nyaman.. teramatlah tenang.. sentiasalah bersangka baik dengan kentetuanNYA.. ilham akan dapat merasakan keindahan dan ketenangan di dalam setiap kesusahan..

anak mama yang mama sayang...
kasih sayang ini tiada tandingan.. pesan mama ini untuk ilham.. sebagai ingatan dn tanda kasih mama pada ank mama ini.. juga.. sebagai peringatan untk diri mama..

semoga diizinkanNYA kita bersama-sama menjalani kehidupan ini.. dan dipanjangkan lagi untuk mengulangi saat2 kita bersama di bumi Mekah Mukarramah dn Madinah AL-Munawwarah..

AMIN YA RABBAL ALAMIN....

0 comments:

Post a Comment