Happy Birthday Papa Part II

on Saturday, November 14, 2009
Ari Rabu ari tu (11/11/09) aku ngan papa dinner kat luar. Kat Putra Palace Hotel, Kangar. Ni la another surprise yang aku mention sebelum ni. (HERE)

Aku da plan benda ni lama dah since month ago. Tapi hari Isnin baru aku call untuk wat reservation. Nak tanya pasal price ngan menu. Then staf dier cakap nak wat confirmation on everything then akan call aku balik. Sangat kurang profesional sebab aku tunggu sampai hari rabu tapi dat person tak call balik. Hari Rabu aku call la nak tanya pasal ni. Tapi staf situ cakap tak der pon staf kat situ nama ****. So tak per la. Aku pon tanya la pasal itu dan ini. Last2 aku decide walk in je la. Tak yah nak tempah2 sebab hari rabu malam tu jek aku ngan papa free. Nak tunda sampai next week cam tak best plak. Aura birthday pon hilang la kan. So jadi dinner biasa je la. Bukan candlelight dinner.

Masa aku call papa dari office nak mention pasal dinner ni papa pon tanya la kat mana. Aku tak cakap. Yer la. Kalo cakap dah tak surprise lagik. On the way nak pegi pon papa tanya lagi kat mana. Papa memang tak sabar nak tau..! =p Kat babysitter aku cakap nak ambil ilham lambat sebab ada event kat Putra Palace. Babysitter tanya event macam hari tu ker. Actually aku penah ambil lambat sebab aku attend medical talk. Bler babysitter tanya aku senyum dan angguk je la. Cehh.. menipu!! Wakakaka.. ampunnn.. tak nak wat dah.

Malam tu we all makan western food. Papa makan chicken chop (macam biasa lah) aku plak order Pan Grilled Salmon. Da lama tak makan salmon wehh.. Bleh tahan lama gak nak tunggu diorang serve. Aku ni lapar tak hengat dahh..!! More than 20 minutes agaknya tunggu. Bler makanan da sampai tu terus makan tak pandang kanan kiri dah. That's why terlupa plak nak snap gambar makanan.

Seriously makanan dier tak best langsung. Aku bagi 1.5 stars jek. Salmon aku tasteless!! Lenkali picit lemon sket kasi masam2. Lemon pon tak provide. Isk..isk.. Papa punya chicken chop biasa jek. Tapi dianyer sauce aku suka gak la. Tapi papa prefer chicken chop Boomaq. Boomaq adalah satu lagi kedai yang serve western food yang ok kat Perlis ni. Opposite Masjid Kangar. tapi satu jek Boomaq ni. Western Food dier tak variety. Aku pon da boring ulang menu yang sama jek. Overall food malam tu tak best. Best lagik Darmiral's Grill. Aku memang recommend sangat Darmiral's Grill kat Bandar Perda, Penang. Menu dier banyak pilihan. So far tak penah mengecewakan aku la. Darmiral's Grill ni kat Alor Star ngan Sg Petani pon ada. Tapi kat dua-dua branch dier aku tak penah try lagik. Sepatutnya sama je la kan. But dun u expect that. Tukang masak lain2 kan. Macam2 rasa bleh jadi.

So papa.. Hopefully papa suka ngan surprise yang tak seberapa ni. Dah cuba cari hadiah lain untuk papa. Tapi tak jupe. Puas la round The Store Kangar tu. Papa pon tau macam mana kan barang2 kat situ. Mama tau papa suka hadiah yang bleh diguna bukan nyer perhiasan2 nih. Dats why mama decide candlelight dinner as a gift. But it turns to ordinary dinner. So pasnih kalo plan nak celebrate any special day ngan special dinner better pi sendiri situ tengok menu yang diorang ader. Kalo menu diorang tak best bleh cari tempat lain plak. Pastu kena mention gak dinner nih special. Nak camtu dan camni. Baru puas hati.

Untuk ilham. Sorry la yer. Nanti ilham da besar mama bawak ilham skali la celebrate birthday papa. Tapi kalo celebrate anniversary ilham kena tinggal la ek.

Untuk you all. Enjoy the picas.

Birthday card for papa. Yang biru tu dari ilham.
Yang kuning tu dari mama


Ilham tak pandai sign so dier cop kaki dier jek


The Putra Palace, Perlis


Papa dan coke float

Gambar aku tak der.. Yer la. Director mestilah keje belakang tabir jek. =p

0 comments:

Post a Comment