Separuh jiwanya pergi..

on Sunday, November 29, 2009
Aku benci orang yang mengaturkan itu ini melibatkan aku tanpa pengetahuan aku!!!
hangin!!!!!!!!!!!!! *off topic*

AMARAN... ENTRY JIWANG..!!!
JANGAN BACA KALO ADA SIMPTOM LOYA
SEBAB AKAN BERAKHIR DENGAN MUNTAH YG TERUK
A.K.A HYPEREMESIS

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Mesti korang da penah dengar lagu baru Anang, "Separuh jiwaku pergi". 1st verse lagu tu dah cukup untuk menggambarkan perasaan Anang terhadap perpisahan dia dengan KD. 1st time aku dengar lagu tu kat Hot.fm time on da way nak pegi keje. Sekali dengar pon dah bleh rasa 'rasa itu'. Macam Azhar Sulaiman DJ bersama Faizal menggantikan Farah Fauzana cakap pada hari tu bila dengar lagu ni boleh faham macam mana perasaan Anang. (sumthing like dat) Menghilangkan separuh jiwa yg derita memang akan berakhir dengan bahagia. Tak luak pape pon. Untung lagi ader la. Tenang je hidup. Tak de la berendam dengan air mata. Jiwa pon tak kacau.

Pengkhianatan yang diceritakan dalam lagu ni membawa aku ke lagu "Hey Ladies" nyanyian Rossa.

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Antara lagu favourite aku ni. Catchy!! Mana ada lagu yang cakap laki busuk!!! Lagu ni macam amaran untuk lelaki. Perempuan bisa buat apa saja. Jangan sesekali disakiti. Kalo sekali perempuan terluka dan bertindak, jangan cakap separuh jiwa lelaki yang hilang takut nanti nyawa pon hilang. muahaha.. Gler kentang 18SG.

uiiii.. Seksis ke aku ni?? Hahaha.. Tidak sama sekali. Aku tidak menyokong/membela perempuan ataupun antilelaki membuta tuli. Cuma aku nak share apa yang pernah ustazah aku cakap. Kalo relationship kita dengan orang lain bermasalah tak kira lah hubby/wife, parents, anak2, kawan2, jiran tetangga dll, check balik relationship kita dengan ALLAH. Di situ kita akan nampak punca segala. Jika baik hubungan kita dengan ALLAH, insyaAllah eloklah hubungan kita dengan orang lain.

Benar kita solat, cukup ke 5 waktu???
Benar cukup solat kita 5 waktu, tapi sempurnakah jika dilaksanakan hujung2 waktu??
Benar kita bersedekah, apakah ikhlas dengan menyebut2nya???
Benar kita ikhlas memberi, tapi apa cerita kalo kita dok berkira2 lps tu plak??

Sekali sekala muhasabah diri, merenung jalan hidup yg dipilih dapat membantu kita melihat diri. Try la.. =)

Kepada ilham anak mama, suruhan Allah dan RasulNya dah jelas. Tinggal nak ikut ke tak jek. Apa yang elok dari mama dengan papa ilham ikut. Apa yang tak elok yg ilham nampak kat mama ngan papa jauhkanlah. Sesungguhnya kami hamba yg lalai.
Semoga Allah merahmati dan melindungi suami, anak dan family aku. Aminnnnn...

0 comments:

Post a Comment