Travel Balik Kampung Berdua Jek Kali Ni

on Friday, November 13, 2009
Ilham layan perasaan..

Actually aku amek cuti hari ni. Nak balik umah mak. Da sebulan lebih tak balik. Last balik time cuti Deepavali ari tu (7/10/09). Tak ke da sebulan tu. Mak aku pon da minta aku send gambar ilham thru email. Dah teringat sangat kat ilham la tu. Disebabkan papa kena viva students dier plus jaga exam hari ni so aku decide nak balik berdua ngan ilham jek. Tak bleh tangguh dah. Next week kenduri cijan plak so tak bleh balik gak. Kalo bertangguh nanti jadi 2 bulan plak tak balik. Aku pon cam da tingat sangat nak balik ni. Sib baik papa kasi. 1st time ni balik berdua jek ngan ilham. Letak ilham dalam carseat. Risau gak kalo ilham meragam kan. Kalo ilham meragam kena stop la kat mana2.

Memang ilham meragam pon. Bukan sekali. Tapi 2 kali. Sib baik 2 kali jek. Kalo berkali-kali mau nyer berjam-jam baru sampai umah. Padahal Perlis-Kulim tak sampai 2 jam pon kalo speeding. =p 1st ilham meragam masa kat area Pendang. Bangun tido jek terus nangis. R&R yang dekat Gurun ler. Jauh lagi tuh. So pujuk ilham sembang ngan dier then dier pon ok. Then aku decide memang kena stop la kt R&R Gurun. Mesti la ilham da bosan kan. Aku pon leh minum2 dulu. Kali kedua ilham meragam masa area Sg Petani. Nak dekat sampai dah. Lagi setengah jam jek. Tapi aku berenti gak kat R&R Tikam Batu. Ingatkan lepas susukan dier, dier akan ok. Elok2 keta moving jek dier bunyik plak. Sudah.. Aku pon kasi la dier main plastik. Aku tak tingat langsung nak bawak toys dier. Sebab aku assume dier akan enjoy naik keta macam selalu. Tapi selalu tu bertiga ngan papa. So aku leh entertain dier. Ni tak der orang entertain tu yang dier nak ngamuk tu..

Aku sampai Seberang Jaya around 10.30am. Bertolak around 8.30am dari Kangar. Kira ok la tu kan. Aku singgah jap kat Hospital Sbrg Jaya. Jupe kenkawan ngan staf kat situ. Diorang tak penah tengok ilham lagi. Lama gak aku kat situ. Sampai 12.30pm. Plan nak lunch ngan edd. Skali ilham meragam plak. Ngantuk sangat la tu. Mata pon tak larat nak angkat. Memang ilham tido pon masa on the way balik ke kulim.

Hopefully ni last la aku travel ngan ilham berdua. Ilham ni cepat boring. Kena ada orang entertain dia. Ngada yer anak mama ni. Gream btol. Gigit hidung tu baru tau.

0 comments:

Post a Comment