on Wednesday, December 16, 2009
Dah lama aku tak masuk website KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) Masa H1N1 tengah gempak 2-3 bulan lepas almost everyday aku godek website KKM ni. Bler da masuk website KKM mesti masuk website pharmacy gak nk tengok latest issue. Tengok2 ada isu yg tersangatlah menarik. Iaitu pasal toner mata yang sangatlah glamer. Cerita pasal produk toner mata ni aku dapat dari website pharmacy KKM. 1st time aku dengar pasal toner mata brand Permata Hijrah ni dari apit. Wife dia, Rose pakai. Diorang cakap berkesan. Pastu ternampak gak dalam berita. Kalo korang antara pengguna toner mata ni better read this entry till the end.

Kalo korang malas baca aku citer serba sedikit pasal hal ni. Kalo korang nak tau sebanyak 27 produk kosmetik telah ditarik balik dari pasaran sebab diorang notify produk ni sebagai produk kosmetik untuk kegunaan luar mata contohnya di lingkaran mata untuk hilangkan kedut atau lingkaran gelap keliling mata. TETAPI.. pengeluar nih telah menggunakan produk keluaran mereka untuk merawat any eye disorders dengan cara menitis ke dalam mata. Kalo korang nak tau, any produk yang digunakan untuk merawat mata yakni memasukkan ubt tersebut ke dalam mata, produk tersebut tidak boleh dinotify sebagai produk kosmetik. Tetapi mestilah dinotify sebagai produk farmaseutikal. Dan bler bercakap pasal produk farmaseutikal lagi banyak lah peraturan dan undang2 yang perlu dipatuhi. Bukan saja untuk ubat titis mata. Ubat titis hidung pon sama jugak dalam kes nih.

27 produk ini tidak lagi boleh diimport, dikilangkan, dijual dan diedar. Pihak berkuasa juga telah mengarahkan semua produk tersebut dikeluarkan dari pasaran. Antara produk yg terlibat:

1. TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN 12.90 SERI MH UMMI SDN BHD

2. TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN 29.90 SERI MH UMMI SDN BHD

3. TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN59.90 SERI MH UMMI SDN BHD

4. PERMATA HIJRAH TONER HIDUNG 9.90 SERI MH UMMI SDN BHD

5. AINUN SYIFA TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

6. AINUN TONER MATA AL JABBAR MANUFACTURING SDN. BHD.

7. ANFUN TONER HIDUNG SEDUAN YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

8. MAHLIGAI SELASIH TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

9. MEDI SUNNAH TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

10. PERMATA HIJRAH AINUN TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

11. TONER HIDUNG YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

12. TONER HIDUNG YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

13. TONER HIDUNG ANFUN SYIFA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

14. TONER HIDUNG SEDUAN N YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

15. TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

16. TONER MATA AINUN SYIFA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

17. TONER MULUT FAHMUN SYIFA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

18. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT I PERMATA HIJRAHRESOURCES

19. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT IV PERMATA HIJRAH RESOURCES

20. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT II PERMATA HIJRAH RESOURCES

21. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT III PERMATA HIJRAH RESOURCES

22. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT V PERMATA HIJRAH RESOURCES

23. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT VI PERMATA HIJRAH RESOURCES

24. AINUN TAHARAH EYE SPRAY NEUTRAL THERAPY I PERMATA HIJRAH RESOURCES

25. AINUN TAHARAH EYE SPRAY NEUTRAL THERAPY II PERMATA HIJRAH RESOURCES

26. AINUN TAHARAH EYE SPRAY DAY & NIGHT I PERMATA HIJRAHRESOURCES

27. AINUN TAHARAH EYE SPRAY DAY & NIGHT II PERMATA HIJRAH RESOURCES

Isu ni kuar kat paper jugak. Check this..

Penglihatan adalah anugerah yang tak ternilai dariNYA...

23/12: Aku shopping kat Carrefour Penang siang tadi.
Ternampak lah booth Permata Hijrah ni kat situ.
Terdapat produk2 yang tersenarai kat atas still dijual kat situ.
Hurmm... Salah siapa??
on Tuesday, December 15, 2009
Cutest Baby Photo Contest
December 2009
by: MOMBLOGGERSPLANET
Theme: Cutest Baby Smiling



So inilah model untuk pertandingan ni..

Nama: MUHAMMAD ILHAM RAFIF B MOHD FHAIZAL
DOB: 15 MAC 2009



Ni 1st time aku join Cutest Baby Photo Contest by MOMBLOGGERSPLANET ni sejak aku join MBP. Aku pon baru jek join MBP ni. Contest ni dibuat setiap bulan dengan mengangkat pelbagai tema yang berlainan. Hadiah2 nya pon best.
Selain itu pemenang tempat pertama dan kedua layak masuk Cutest Baby Of The Planet 2009 Contest secara automatik!! Hadiah-hadiah tersangatlah menarik!!! Jom join. Tema bulan ni mudah tapi mestilah sangat competetive. Untuk bulan Disember MBP mengangkat tema senyuman baby paling cute.

Ada apa dengan senyuman ilham? Segalanya!!!
Di kala memilih gambar untuk contest ni aku tengok macam2 ekspresi wajah ilham yang diabadikan thru DSLR papa. Papa ilham sangat rajin snap gambar ilham. Namun senyuman yang satu itu amat melekat dekat jiwa aku. Rindu btol!!! Bukan jiwa aku saja. Sesiapa jek yang tengok ilham gerenti jatuh sayang bler melihat senyuman ilham. Terlalu indah. Nak peluk cium. Aku percaya. Mana2 perempuan yang bergelar ibu ataupun blom bergelar ibu tapi memiliki naluri keibuan mesti akan tersentuh melihat senyuman mana2 baby. So pure rite? Sejuk jek bler tengok baby senyum. Nak marah pon tak jadi.

psst: Ilham memiliki senyuman semanis papanya. (Ouchh..ku jatuh cinta dengan senyuman itu =)

Korang bleh check syarat2 penyertaan DISINI

Sponsors contest ni:
Hari ni genap umur ilham 9 bulan.
Ilham masih belum merangkak jauh sekali bertatih. Masih menyulur gitu. Tapi dah terjun katil pon hari tu. Sesak nafas mama ilham masa tu. Sib baik tak de pape. Tapi bler mengenang saat ilham terlentang atas lantai tu rasa bersalah tetap menyendeng2. Sedih beb. Yup.. Some says his progress a bit slower. But at the age of 9 months dah macam2 suku kata kuar dari mulut dier. Kalo dulu umur bawah 4 bulan kalo nak susu ilham sebut adidii.. Sekarang mama. And the latest one yang aku notice naa neee nee. Macam nak nenen plak bunyinyer.

Ilham semakin pandai melagukan mama. At the right time and place.! Bler nak susu- mama. Bler terjaga dari tido aku tak de kat sebelah- mama. Bler orang yang ilham tak biasa nampak nak dukung- mama. Bler dah boring main sorang2- mama. Ilham buat aku rasa diri ni penting dan special. The worst part is I always miss him! Tengah wat keja kat opis tingat ilham. Amek ilham lambat dari umah bbsitter sebab kuar pi pasar malam ngn hubby tingat ilham. Balik umah during lunch hour hari Jumaat tingat ilham. Kuar berdua2an ngan hubby pi kenduri tingat ilham. Ilham.. Ilham.. Ilham.. Perghhh..asik ingat ilham jek. It's killing me!

Ilham juga da pandai imitate certain things. Macam bunyi batuk dan 2-3 bunyi yg dibuat2 dari mulut. Ilham dah faham kalo orang hulur tangan=nak dukung. Ilham juga akan palingkan muka kalo tak nak makan dah or tak nak kat orang tu.

Ilham starts solid food at the age of 6 mo with blended plain rice porridge. He used to like it. Namun sejak demam masa umur 6 bln 2 minggu ilham refuse rice porridge. Then aku switch to Nestle Cereal yg plain tu. That was the biggest mistake i've made. Ilham tak nak langsung makan bubur nasik walopon demam dier da recover masa tu. Frust tak hengatnyer. Asik nak makan nestum jek. Aku cuba variety kan rice poridge tu dengan carrot dan kentang. tapi dia refuse jugak. Then at the age of 8 months aku try bagi sket moi sup yg aku makan. Aku bagi moi jek without the sup. Yer la. Sup kedai banyak letak pak ajinomoto ngn garam. So its a big NO for him. Then start bagi ikan ngan ayam kat dier. Dengan happynyer dia makan. Tak banyak. Tapi aku dah puas hati. At least dia tak la ngadap nestum jek. Time tu aku introduce jugak ikan bilis ngan buah. Sumer pon dier telan.

Ari tu aku beli buku 'When And What To Feed My Baby'. Aku cari buku ni sejak ilham umur 4 bulan. Baru sekarang dapat. Asik tak de stok jek. Aku beli dr MLO. Macam2 resipi untuk baby ada dalam tu. Good to try. Tapi bler nyer nak try tah la. Muahahaaa... =p Aku beriya2 cari buku ni sebab banyak review yang bagus dari orang. Tapi bler go thru sekali aku rasa most of the recipes biasa2 jek. Bleh dapat kat internet pon. But when it comes to book, no regret if to have it for the sake of knowledge. Kann.. kann..

Semoga anak mama terus membesar dengan sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat NYA.
on Monday, December 14, 2009
Hari ni aku kena keja dari 8am-9.30pm. Non stop! Break time lunch jek. Aku akan terus macam ni for the whole week. Sib baik Jumaat ni cuti Awal Muharram. So empat hari je la kena keja 12 jam. Start kul 7 malam tadi sekeliling dah sunyi sepi. Aku keja kat ulu banat kay. 7 malam dah macam kul 10-11 malam. Opis depan main road. Tapi main road tu pon segan silu jek keta nak lalu. Masa terasa cepat sangat jalan sebab asik surfing net since 5 ptg tadi. Kalo tak der broadband ni terlepet boring la aku jawabnya. Sib baik la seulu2 banat ni pon broadband coverage sangat2 ok. Tapi yang peliknya kalo kat umah mak aku kat Kulim bapak punya lembab la celcom broadband nih. Padahal Kulim tu membangun dengan Kulim High Technya. Tolong jawab orang celcom.

Tadi ada sorang budak umur 1 tahun terkena ekzos motor. Melecur tapak tangan dier. Nangis tak hengatnyer. Adoiii... Gler nyer kesian. Di kala itu jugak la aku rindu dan tingat sangat2 kat ilham. Cian anak mama. Cian kat papanya jugak. Keja ini mama tak bleh elak. Dah banyak sangat menolak kerja demi family. Namun keja ini perlukan perhatian jugak. Sesungguhnya mama dibayar untuk melakukan keja ini. Thanx laling. Hantarkan makan malam untuk mama. Laling aku sorang tu banyak sangat tolong aku uruskan rumah. Kalo bab kemas mengemas ni totally dia cover. Kalo harapkan aku alamat tunggang terbalik la rumah tu. Hujung minggu la baru aku sempat nak sentuh habuk2 kat umah tu. Tapi kalo hujung minggu task aku cuma masak memasak. Kemas mengemas laling itu juga lah yang buat. Tak terkira banyaknya laling aku tolong dalam hal2 mengurus rumah. What can I say..?

Petang tadi aku hangin satu badan. Asal aku nak cuti ada jek last minute call untuk itu dan ini. Ini kali ketiga. 1st time aku mengalah. Batalkan cuti. 2nd time aku dah cuti pon. Sib baik la aku jauh kat Cameron nun. Tapi kena buat surat tunjuk sebab kenapa tak bleh attend kursus yang diarahkan pegi tu. (Esok kursus hari ni baru bagitau tu pon thru sms jek. Bleh??) Tapi sampai sekarang aku tak hantar lagik surat tunjuk sebab tu the truth is tak buat pon lagik =p. Kali ketiga ni aku tak bleh tahan dah. Korang tak bagi cuti pon aku tetap takkan datang keja. Pedulik la. aku tak bleh sabar dah macam ni. Bekerja dalam komuniti yang kecil tapi benda2 besar suka buat decision last minute membuatkan aku muak dengan attitude orang kat sini. Tolong la weii.. To be honest certain report aku sengaja hantar lewat tanda protes. Apa rasa bler orang tak ikut schedule? Come on. Jangan la buat keputusan sesuka hati sengal korang tu. Aku ada family. Orang lain ada family. Lots of things to consider. Kalo korang rasa korang bleh berkorban apa saja demi kerja ni itu korang punya pasal. Jangan harap benda yang sama dari orang lain. Ok??

Lagi setengah jam bleh balik. Bleh jupe papa. Bleh peluk cium ilham. Terasa lambat plak jarum jam tu. Beg aku dah letak kat depan pintu. Macam budak sekolah tunggu loceng bunyi jek aku ni.




on Saturday, December 12, 2009
Dah bersawang blog ni sebab lama tak update..

Kerja di hari sabtu?? Macam tak biasa! Tak biasa kerja hari Sabtu sejak setahun lalu.
Sejak setahun lalu berhijrah ke tempat keja yang jauh dihujung kuala, kecik dan staf sikit. Aku ingat relax sket keja kat tempat kecik cani. Tapi workload dia mak aihhh.. Nak cuti pon susah. Sib baik la sumer assistant aku sangat efficient. Boleh harap dan tak berkira. Tak suka mengular jugak. Lapang dada cekk.. Alhamdulillah..

Hari ni ada 2 kenduri kawen kena attend. Tak sempat nak balut hadiah kat rumah semalam aku usung bawak datang opis hari ni. Sampai2 terus balut hadiah dulu then baru buat keje lain. Seminggu bercuti ikut hubby berkursus di Cameron Highlands btol2 mendera otak aku bler masuk opis balik. Aku jadik hang tatau nak start buat keja yang mana dulu since sumer pon penting. After list down everything baru rasa diri ni well organize balik. Macam ni lah hujung tahun. Time banyak keja macam ni lah meeting pon banyak. Dan meeting yang paling mengerikan meeting Plan Tindakan 2010. Meeting ni everything pasal keja, aktiviti dan projek untuk 2010. Bler tengok senarai tu sakit paler aku datang balik, Berpusing2. Jadik macam hari tu. Sebab stress!!! Blom implement lagi tu baru tengok senarai dah sakit paler. Gler aku rasa nak quit job masa tu. Muahahaa.. Ini lah hakikat makan gaji yang aku kena terima seadanya. Kann.. kann.. Kerana keja yg tak sudah tu blog ni pon hanyut. Benci! Hari ni sempat sebab patient tak ramai. Sambil2 surfing cari info untuk buat proposal aku blogging la. (hakikatnya blogging lebih2 dari keja =p)

Stop nagging bout work. Pasal ilham plak. 15hb ni genap ilham 9 bulan. Khamis lepas, timbang berat dier 8.4kg. Naik sekilo jek since last 2 months. Tapi berat tu dah cukup buat tangan aku sengal dukung dier lama2. Masa pi Cameron hari tu aku guna SSC lp dukung dia. Tak sampai setengah jam pon bahu ni dah sakit n nafas pon da semput dukung dier.

Pagi ni ilham berkelakuan 18SG. Di tariknya mulut itik kuning mainan dier tu sampai tercabut. Isk33.. cacat dah itik tu ilham.

BIG

on Thursday, December 10, 2009
Got BIG GOOD news juz now from my frens.
Soooooo happy.. Alhamdulillah..
Will share and blog about it later.
Aku orang bizi hujung2 tahun ni.
on Sunday, December 6, 2009
Disebabkan terlalu letih lepas balik dari Cameron Highlands, aku ngan hubby tido tak hengat nyer. Ilham plak dengan relax nyer bangun awal. Masa tengah nyusu ilham tetiba aku terdengar bunyik sumthing jatuh. Bler buka mata aku tengok ilham tak de kat sebelah. Hubby tengah lena tido sebelah aku. Aku terlelap masa nyusu ilham (selalu pon tido sambil nyusu =p) Terus aku bangun. Tengok2 ilham dah terlentang kat atas lantai. Bler ilham nampak jek aku terus nangis gler2 nyer kuat. Panik gler aku. Bunyi ilham jatuh tu kuat gak la. Macam2 benda tak elok terlintas kat paler ni. Tapi dalam hati ni tak henti2 berharap ilham ok. Masa tu rasa bersalah sangat. Asik blame diri jek nape careless sangat. Ilham da makin aktif pusing sana sini. Patutnya aku amek extra precaution. Biasanya ilham tak de la over sangat kalo aku ngan hubby ada sebelah dia atas katil. Tapi....semalam entah apa yang dia nampak kat hujung katil tu. Ahhh... my bad!!

Bawak ilham jupe doctor. Doctor cakap observe ilham for 24 hours. Kalo ada muntah2 or tak aktif macam biasa memang sumthing wrong la. Doctor cakap la dalam otak baby ada satu ruang yang bertindak macam kusyen yang menyerap hentakan. Should be no prob. So far aku nengok ilham aktif macam biasa. Cuma risau tu tetap ada.

Akhirnya terjadi jugak hal jatuh katil ni dalam kitorang berjaga2. Ilham nak jugak jatuh kat tempat dia lahir, kat Kulim. Sigh....

Are you twiterer????
Do you know that you can earn money while twitting??
TWIVERT is cool! TWIVERT provide ads which you can share with your friends thru twitter.
When anybody click on these ads, you will get paid. Easy eh??

Aku jarang twitting. So menambah twivert di dalam akaun twitter di samping churpchurp adalah hal suka suki mengklik itu dan ini. Seronok try benda baru. Kan???

on Thursday, December 3, 2009
Hari keempat tersadai di bilik menunggu hubby habis kursus, MHI dah jadi must watch programme aku kat Cameron Highlands ni.

Aku nak share sumthing yg useful. Pernah dengar AKPK??
Iklan AKPK ni selalu jek kuar kat tv. Tapi aku tak pernah amek pusing langsung sehinggalah aku tengok satu slot khas dalam MHI bercerita tentang AKPK. Dengan masa yang sangat banyak untuk surfing internet aku pon godek2 la pasal AKPK. Fyi, AKPK website ni ada dua version. Malay and English.

AKPK atau pun penuhnya Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit adalah satu agensi di bawah Bank Negara yang ditubuhkan pada April 2006 bagi menyediakan kaunseling kewangan dan pengurusan hutang kepada mana-mana individu secara percuma. Yupp..!!! Perkhidmatan yang diberikan adalah PERCUMA!!!!

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan dan Pengurusan Kredit. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

One more thing yang menarik yang aku jumpa di dalam web AKPK, diorang ada bagi tips tentang pengurusan kewangan. Antara artikel yang menarik:
1) Hidup Dengan Duit Yang Sedikit
2) Hubungan Anda Dengan Duit
Banyak lagi artikel menarik yang lain yang bleh korang baca di sini.

Till now.. happy reading!!

on Wednesday, December 2, 2009
Aku tersadai di bilik on day 3 hubby aku kursus. Aku kat Cameron Highlands sekarang ni. Ikut hubby berkursus. Aku cuti seminggu. Yahoooo.... best btol tak pi keja.
Melayan Ally Iskandar dan Ahmad Fetri host rancangan MHI membebel pagi2.
Anang menjadi tetamu penutup rancangan MHI hari ni. Bercakap tentang album dan yang paling hangat mestilah tentang perpisahan dia dengan KD. Anang sangat cool bercakap tentang kisah itu. Namun jauh di sudut hati seolah2 bleh rasa getar suara Anang ketika mengalunkan lagu 'Separuh Jiwaku Pergi'. Ada satu part tak kuar perkataan dari mulut Anang semasa menyanyikan lagu tu. Hurmm... Gler kentang punya cool. Kisah Anang dan KD terlalu besar dan hangat diperkatakan di Malaysia dan tentu lebih lagi di Indonesia. Dalam masa yg singkat Anang boleh berhadapan dengan public. Malah bercerita tentang kisah hidup dia macam tak de hal jek. Kalo aku di tempat Anang mesti setahun dua baru buat comeback.

Dan yang paling menangkap telinga aku bila Fetri berkongsi satu ayat yg menurutnya dipetik dari Prof. Hamka "Perkahwinan adalah tempat untuk mencari teman hidup.. bukan teman tidur"
Kalo hubby dengar ayat ini jugak apa agaknya yang hubby akan komen. Tunggu hubby balik masa tea break nanti.