Ilham jatuh katil..!!!

on Sunday, December 6, 2009
Disebabkan terlalu letih lepas balik dari Cameron Highlands, aku ngan hubby tido tak hengat nyer. Ilham plak dengan relax nyer bangun awal. Masa tengah nyusu ilham tetiba aku terdengar bunyik sumthing jatuh. Bler buka mata aku tengok ilham tak de kat sebelah. Hubby tengah lena tido sebelah aku. Aku terlelap masa nyusu ilham (selalu pon tido sambil nyusu =p) Terus aku bangun. Tengok2 ilham dah terlentang kat atas lantai. Bler ilham nampak jek aku terus nangis gler2 nyer kuat. Panik gler aku. Bunyi ilham jatuh tu kuat gak la. Macam2 benda tak elok terlintas kat paler ni. Tapi dalam hati ni tak henti2 berharap ilham ok. Masa tu rasa bersalah sangat. Asik blame diri jek nape careless sangat. Ilham da makin aktif pusing sana sini. Patutnya aku amek extra precaution. Biasanya ilham tak de la over sangat kalo aku ngan hubby ada sebelah dia atas katil. Tapi....semalam entah apa yang dia nampak kat hujung katil tu. Ahhh... my bad!!

Bawak ilham jupe doctor. Doctor cakap observe ilham for 24 hours. Kalo ada muntah2 or tak aktif macam biasa memang sumthing wrong la. Doctor cakap la dalam otak baby ada satu ruang yang bertindak macam kusyen yang menyerap hentakan. Should be no prob. So far aku nengok ilham aktif macam biasa. Cuma risau tu tetap ada.

Akhirnya terjadi jugak hal jatuh katil ni dalam kitorang berjaga2. Ilham nak jugak jatuh kat tempat dia lahir, kat Kulim. Sigh....

9 comments:

yaniebest said...

Salam, Ilham dah brapa bulan skrg?anak saya pon penah jatuh katil dulu, time dah besar bleh duduk dah rasanya time tu..besa la budak2 ni tido buas siap pusing2 satu katil tu..tp xdak apa2 kot, klu dia jatuh menangis kita xrisau sgt, tp klu bleh kita xnak la dia jatuh slalu kan..mcm saya suka sendal2 bantal keliling anak bila tido so, dia xleh move lebih2 sgt..sendal ngan bantal besar2..hehe

My Written Thoughts.. said...

Kesiannya Ilham.. tp kena perhati Ilham selalu.. Ilham umur brapa skrg.. kalau buleh, bwk je tilam ke bawah Sue.. x lah bimbang Ilham jatuh katil.. Aku doakan Ilham x apa2..

mhafizrahim said...

kesiannyer...pas ni ayah n mama ilham tak payah la bagi ilham tido atas kati..leta jer kat bawah..pastu amik bantal byk2 n buat kepungan...tapi rasanyanyer ilham ada katil sendiri kan???pastu masa jadi plak sue tgh menyusu n tdo kan???so cerita sebenarnya...BENDA NAK JADI LA Sue...taik pa la..pas nie kalau ngntuk2 n ilham nak nyonyot sue bagi kat bawah...heheheh

ibu ilham said...

more carefull after this... kene tido kat bawah sue... kalu letak bantal pon dia boleh lepas gak.. cam nur ilham, dah tak leh letak2 bantal nie.... saya siap ckp kat nusi, kite kene tido bawah... huhuhuhuhu...

yatie chomeyl said...

nsb baik x apa2 kan.. dulu my baby pon jatuh gak masa umur 3 bulan, nangis kuat gak tp alhamdulillah takde apa2

sue said...

yaniebest: welkam to my blog. ilham baru nak msk 9 bulan. tecik lagik. my bad tak letak bantal ujung kaki. slalu kalo mama ngn papanya kat sebelah dier tak move byk sgt. ntah apa yg dia nmpk kat ujung katil masa tu tah la.

sue said...

My Written Thoughts: ujung minggu ni operasi nak buang katil letak tilam jek dlm bilik tu. Hopefully this is the 1st and the last one hal jatuh2 nih.

sue said...

ibu ilham: tu la. Bantal tu da jadik 2 tingkat untuk sendal2. Sib baik banyka bantal kat umh.

sue said...

yatie chomeyl: 3 bulan dah jatuh? aktifnya SN!

Post a Comment