PERHATIAN: Toner mata yang glamer tu kena tarik dari market..!

on Wednesday, December 16, 2009
Dah lama aku tak masuk website KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) Masa H1N1 tengah gempak 2-3 bulan lepas almost everyday aku godek website KKM ni. Bler da masuk website KKM mesti masuk website pharmacy gak nk tengok latest issue. Tengok2 ada isu yg tersangatlah menarik. Iaitu pasal toner mata yang sangatlah glamer. Cerita pasal produk toner mata ni aku dapat dari website pharmacy KKM. 1st time aku dengar pasal toner mata brand Permata Hijrah ni dari apit. Wife dia, Rose pakai. Diorang cakap berkesan. Pastu ternampak gak dalam berita. Kalo korang antara pengguna toner mata ni better read this entry till the end.

Kalo korang malas baca aku citer serba sedikit pasal hal ni. Kalo korang nak tau sebanyak 27 produk kosmetik telah ditarik balik dari pasaran sebab diorang notify produk ni sebagai produk kosmetik untuk kegunaan luar mata contohnya di lingkaran mata untuk hilangkan kedut atau lingkaran gelap keliling mata. TETAPI.. pengeluar nih telah menggunakan produk keluaran mereka untuk merawat any eye disorders dengan cara menitis ke dalam mata. Kalo korang nak tau, any produk yang digunakan untuk merawat mata yakni memasukkan ubt tersebut ke dalam mata, produk tersebut tidak boleh dinotify sebagai produk kosmetik. Tetapi mestilah dinotify sebagai produk farmaseutikal. Dan bler bercakap pasal produk farmaseutikal lagi banyak lah peraturan dan undang2 yang perlu dipatuhi. Bukan saja untuk ubat titis mata. Ubat titis hidung pon sama jugak dalam kes nih.

27 produk ini tidak lagi boleh diimport, dikilangkan, dijual dan diedar. Pihak berkuasa juga telah mengarahkan semua produk tersebut dikeluarkan dari pasaran. Antara produk yg terlibat:

1. TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN 12.90 SERI MH UMMI SDN BHD

2. TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN 29.90 SERI MH UMMI SDN BHD

3. TONER MATA PERMATA HIJRAH AINUN59.90 SERI MH UMMI SDN BHD

4. PERMATA HIJRAH TONER HIDUNG 9.90 SERI MH UMMI SDN BHD

5. AINUN SYIFA TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

6. AINUN TONER MATA AL JABBAR MANUFACTURING SDN. BHD.

7. ANFUN TONER HIDUNG SEDUAN YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

8. MAHLIGAI SELASIH TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

9. MEDI SUNNAH TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

10. PERMATA HIJRAH AINUN TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

11. TONER HIDUNG YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

12. TONER HIDUNG YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

13. TONER HIDUNG ANFUN SYIFA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

14. TONER HIDUNG SEDUAN N YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

15. TONER MATA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

16. TONER MATA AINUN SYIFA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

17. TONER MULUT FAHMUN SYIFA YAMNI INDUSTRIES SDN BHD

18. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT I PERMATA HIJRAHRESOURCES

19. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT IV PERMATA HIJRAH RESOURCES

20. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT II PERMATA HIJRAH RESOURCES

21. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT III PERMATA HIJRAH RESOURCES

22. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT V PERMATA HIJRAH RESOURCES

23. ALKALINE THERAPY PEARL EXTRACT VI PERMATA HIJRAH RESOURCES

24. AINUN TAHARAH EYE SPRAY NEUTRAL THERAPY I PERMATA HIJRAH RESOURCES

25. AINUN TAHARAH EYE SPRAY NEUTRAL THERAPY II PERMATA HIJRAH RESOURCES

26. AINUN TAHARAH EYE SPRAY DAY & NIGHT I PERMATA HIJRAHRESOURCES

27. AINUN TAHARAH EYE SPRAY DAY & NIGHT II PERMATA HIJRAH RESOURCES

Isu ni kuar kat paper jugak. Check this..

Penglihatan adalah anugerah yang tak ternilai dariNYA...

23/12: Aku shopping kat Carrefour Penang siang tadi.
Ternampak lah booth Permata Hijrah ni kat situ.
Terdapat produk2 yang tersenarai kat atas still dijual kat situ.
Hurmm... Salah siapa??

12 comments:

My Written Thoughts.. said...

Sue, mmg trkejut masa dgr berita nih.. tp bila pk smula, mcm ada org nak sabotaj kmajuan bisnes org mlyu jek?? konpius.. tp dah kkm keluarkan mcm tu, kena follow la kan?

Ann said...

thanks for the info.. ann n hubby aritu pernah hangin 1 badan sebab promoter mendalah nih selambe je sound "abg n akak sesuai beli sebab 2-2 pakai rabun .. pakai spek.." cehhh.. sukati le nak pakai spek@tak.. at least cari le ayat lain nak jual barang ye tak..

NURUL IZZA said...

sue..xpenah pulak mendengar dan jumpa produk jenama nih. tp sebelum ni pon xpenah pula beli produk masuk dlm mata n hidung.

kdg2 kt msia ni, benda bahaya gini sume nk amik untung.xsukelaaaa.kt yg xtau chemist buta jela beli kan

sue said...

My Written Thoughts: Hurmm.. Tu la. Susah nak cakap. The best thing is diorang notify jek produk tu dengan cara yg btol. So that bleh buktikan produk diorang mmg ok. Sape pon x leh argue dah pasal ni pasni.

sue said...

Ann: Hehee.. sabar je la kannn

sue said...

NURUL IZZA: Tu la pasal. Kalo tak jadi pape tak per. Takut jadi benda yang kita tak nak.

precious innocent said...

thanx for this info. my mother dok bkira2 nak beli... i pun galakkan sbb dpt byk review yg kata ok. nak kene warned dia cepat nih!

-mama emma®-

Eyriqazz said...

produk ainun tu pun kena tarik?bukan produk tu famous n nampak slalu kuar kat tv...Sik baik tak sempat beli,ada org nak jual aritu..

Great Teacher Onizuka

sue said...

mama emma: btol.. ramai sangat yg ckp produk ni ok. tapi tu la. ok untuk kebanyakan org tak bermaksud ok untk semua org.

sue said...

eyriqazz: mmg femes produk ni. tunggu kes ni clear dlu baru beli yer.

Asmahani said...

aik... baru je my hubby cuba produk ni kat satu roadshow diorang bulan lepas.. siap pakai spek mata spesel tu lagi..

Tips Kesehatan dan Kecantikan said...

Merawat mata tetap sehat adalah kewajiban setiap manusia, karena mata adalah aset terpenting tubuh, tapi dengan perkembangan zaman, dengan layar dimana-mana, semoga mata kita tetap bisa dijaga dengan baik. :)

Post a Comment