Sunyinyaaa...

on Monday, December 14, 2009
Hari ni aku kena keja dari 8am-9.30pm. Non stop! Break time lunch jek. Aku akan terus macam ni for the whole week. Sib baik Jumaat ni cuti Awal Muharram. So empat hari je la kena keja 12 jam. Start kul 7 malam tadi sekeliling dah sunyi sepi. Aku keja kat ulu banat kay. 7 malam dah macam kul 10-11 malam. Opis depan main road. Tapi main road tu pon segan silu jek keta nak lalu. Masa terasa cepat sangat jalan sebab asik surfing net since 5 ptg tadi. Kalo tak der broadband ni terlepet boring la aku jawabnya. Sib baik la seulu2 banat ni pon broadband coverage sangat2 ok. Tapi yang peliknya kalo kat umah mak aku kat Kulim bapak punya lembab la celcom broadband nih. Padahal Kulim tu membangun dengan Kulim High Technya. Tolong jawab orang celcom.

Tadi ada sorang budak umur 1 tahun terkena ekzos motor. Melecur tapak tangan dier. Nangis tak hengatnyer. Adoiii... Gler nyer kesian. Di kala itu jugak la aku rindu dan tingat sangat2 kat ilham. Cian anak mama. Cian kat papanya jugak. Keja ini mama tak bleh elak. Dah banyak sangat menolak kerja demi family. Namun keja ini perlukan perhatian jugak. Sesungguhnya mama dibayar untuk melakukan keja ini. Thanx laling. Hantarkan makan malam untuk mama. Laling aku sorang tu banyak sangat tolong aku uruskan rumah. Kalo bab kemas mengemas ni totally dia cover. Kalo harapkan aku alamat tunggang terbalik la rumah tu. Hujung minggu la baru aku sempat nak sentuh habuk2 kat umah tu. Tapi kalo hujung minggu task aku cuma masak memasak. Kemas mengemas laling itu juga lah yang buat. Tak terkira banyaknya laling aku tolong dalam hal2 mengurus rumah. What can I say..?

Petang tadi aku hangin satu badan. Asal aku nak cuti ada jek last minute call untuk itu dan ini. Ini kali ketiga. 1st time aku mengalah. Batalkan cuti. 2nd time aku dah cuti pon. Sib baik la aku jauh kat Cameron nun. Tapi kena buat surat tunjuk sebab kenapa tak bleh attend kursus yang diarahkan pegi tu. (Esok kursus hari ni baru bagitau tu pon thru sms jek. Bleh??) Tapi sampai sekarang aku tak hantar lagik surat tunjuk sebab tu the truth is tak buat pon lagik =p. Kali ketiga ni aku tak bleh tahan dah. Korang tak bagi cuti pon aku tetap takkan datang keja. Pedulik la. aku tak bleh sabar dah macam ni. Bekerja dalam komuniti yang kecil tapi benda2 besar suka buat decision last minute membuatkan aku muak dengan attitude orang kat sini. Tolong la weii.. To be honest certain report aku sengaja hantar lewat tanda protes. Apa rasa bler orang tak ikut schedule? Come on. Jangan la buat keputusan sesuka hati sengal korang tu. Aku ada family. Orang lain ada family. Lots of things to consider. Kalo korang rasa korang bleh berkorban apa saja demi kerja ni itu korang punya pasal. Jangan harap benda yang sama dari orang lain. Ok??

Lagi setengah jam bleh balik. Bleh jupe papa. Bleh peluk cium ilham. Terasa lambat plak jarum jam tu. Beg aku dah letak kat depan pintu. Macam budak sekolah tunggu loceng bunyi jek aku ni.




2 comments:

unlisted_one said...

Isyk, orang nak cuti pun diaorg kontrol2 jgk ke? Tak patut betul. Tu kan hak org nak cuti. hiee,..

sue said...

tu la pasal. sengal sket diorang ni..

Post a Comment