10 bulan sudah!

on Monday, January 18, 2010
Ilham dah 10 bulan.. Ohhh myyy..!!! 2 bulan lagi cukup setahun umur dia. Biar betik??? Rasa macam baru jek lepas pantang. Ilham masih menyulur. Dan cuba2 sedaya upaya untuk merangkak. Ohh sayang mama.. Mak tok cakap mama dah bleh berjalan masa umur mama 10 bulan. Ilham buat mama risau jek dengan progress ilham sekarang. Kalo ilham bleh berjalan lagi la aku bertambah risau. Ada jek benda2 tak patut buat dia pi buat plak nanti. Sekarang ni pon dalam walker ligat jek dia. Aku ni asyik jerit- ilhammmm.. jangan..! No!! Don't u ever touch dat! U cannot play with dat!! Kadang2 dia dengar dan faham. Tapi selalunya dengar dan buat2 tak faham!! Grrrrr.. Btol cakap kawan aku. Kalo nak kurus, get yourself a baby boy. Kena tangkas dan energetic. Tak leh slow. Kalo tak macam2 benda yang tak nak jadi akan jadi seperti-jatuh katil =p

Setiap ceruk rumah adalah playground ilham sekarang. Favorite dia main tarik tutup laci, main remote tv n astro, tarik diapers satu2 dari plastik dan sepahkan, tarik kad astro dr slot, tarik ironing board (sib baik tak terbalik) etc. SO kesimpulan nyer apa jek bnda yg bleh ditarik2 dia suker. Mainan yang aku beli slalunya tak sampai 5 minit main da boring.

Aksi 18SG ilham yang aku sangat tak leh accept adalah panjat walker. So kalo nak letak ilham dalam walker memang kena tengok dia slalu. Every second. Kalo letak dia kat bawah pon masalah jugak. Dengan rumah yang sempit dan banyak barang ni banyak ruang yang sangat la merbahaya untuk ilham. So sejak jadi mama ni hidup aku penuh dengan kerisauan. Kalo dia bleh jalan nanti lagi la. Asyik bimbang jek. Panjat sana. Panjat sini.

Ohh yaa. Ilham masih belum tumbuh gigi lagi. Selamat b* aku. Tak la luka masa menyusu. =p Cakap pasal menyusu nih sedih aku. Ilham no longer fully breast-fed baby. Aku target nak fully breast-feed ilham sampai umur dia setahun. Tengok2 masa umur ilham 9 bulan aku knea top up ngan Nursoy sebab milk supply aku merudum. Selalu sekali pam bleh dapat 7-8oz. Tapi semenjak dua menjak itu nak dapat 4oz pon berchenta hendaknya. Almost 50% tuh milk supply tersungkur. faktor utama ada 2 jek.
1) Stress.. stress.. stress
2) Heavy mensus

Macam2 aku cuba buat nak banyakkan susu. (Macam2 kah?) Aku try amek Maxolon jugak. Tapi kurang berkesan. Kesian gler ilham masa tu. Badan susut gler. Dah la demam dekat 2minggu plus diarrhea lagik. Masa tu ilham tak nak makan paper. Nak susu jek. Susu aku plak kurang. Masa tu Nursoy tu nak abeskan 2oz pon susah. Aku ni susah hati tak yah cakap lah. Now, milk supply aku slightly ada improvement day to day. Aku tak buat paper pon. Yang pasti hidup semakin tenang dan mensus pon dah berlalu. Ilham plak semakin bleh terima Nursoy.

Kenapa Nursoy?

1) Aku nak beli Isomil. Sekali tak jupe plak yang bawah setahun pny. Tak de stok kot. So dalam keadaan emergency beli la Nursoy.

2) Ilham allergic to cow's milk! Dats why la aku cari soy base milk. Aku realize ilham tak leh minum susu lembu sejak aku try bagi cereal Nestle yang stage 2 kat ilham masa umur dia 8 bulan. Naik rashes teruk sangat area mulut lepas makan cereal ni. Masa try bagi minum Enfalac pon jadik camtu. Untuk confirm kan hal ni aku siap wat rechallenge lagik. Aku try titiskan fresh milk kat pipi ilham. Memang merah tempat yang kena fresh milk tu! Cian ilham. Mama wat eksperimen plak yer.

Tapi kan. Aku ada terbaca soy milk tak bagus untuk perkembangan baby boy. Betul ke? Aku kena google lebih info lagik pasal ni pasni.

0 comments:

Post a Comment