Akhirnya aku kembali beraksi..

on Wednesday, January 20, 2010
Kerahan tenaga yang mendera mental dan fizikal berakhir. Yeyyyyy...!!!
Hidup aku kembali normal. Mengenangkan saat diri terdera tak der mender lain aku fikir. Asyik nak quit job jek. Hati ni asyik menyampah kat orang memanjang.

2 bulan ni aku banyak berhutang masa dengan dua jejaka.. HUBBY dan BABY. Tq papa and ilham. Banyak sangat tolong mama.

Papa..My MR MAMA. 2 bulan ni dialah yang uruskan rumah dan ilham. Ohh.. dah tentu keje breastfeed masih tugas aku la. Takkan my hubby plak kan. =p
Banyak yang hubby tolong. Kemas rumah, cuci tandas, sapu sampah, basuh barang2 nyusu dan botol2 susu, sidai kain, lipat kain, mandikan ilham, basuh poopoo ilham, hantar makanan di kala aku kena keje sampai malam, amek susu yang aku perah kat ofis dan hantar kat babysitter di kala susu aku tak cukup nak supply untuk ilham sampai malam, siap2 kan barang2 ilham untuk bawak ke umah bbsitter, jaga ilham di hujung minggu di kala aku kena keja weekend, tolong risau bler aku terlambat sampai umah kalo keje malam, memasak (owhh.. dia sangat gila memasak 2 bulan nih). Itu tak termasuk rutin dia di ofis dan keje2 ofis yang dibuat di rumah. Malam2 sebelum tido dia jugalah yang tukar diapers ilham sebab aku dah terlepek tido. Serius.. kalo difikir-fikirkan apa yang dilalui selama 2 bulan ni..rasa bersalah, terharu dan sayang sangat333 kat hubby. Aisehh.. rindu plak! =p

Ilham..my lil' one. Owhh.. sangat kesian hidup dia 2 bulan lepas. Di kala aku kena keja malam dan weekend untuk 2 minggu berturut-turut ilham demam plak. Plus diarrhea lagik. Kata hubby ilham kurang kasih sayang. Mama sebok keje. Sebab tu demam ilham payah nak baik. (Actually hubby nak gitau dia kurang kasih sayang jugak. Macam la aku tak faham =p) Rasa menusuk sangat walopon hubby cam gurau2 jek nada suara dia masa cakap camtu. Aku ingat lagi. Hari tu hari Jumaat. Last day aku kena keje sampai malam untuk bulan tu. Tapi last2 aku minta sorang staf aku tolong ganti. Sebab kata2 hubby aku asik terngiang-ngiang jek kat telinga ni. Nak wat keja pon tak tenang. Hari tu aku keja sampai pukul 11 pagi jek. Pastu amek off terus chow balik umah. Amek ilham kat umah babysitter. Kat umah sepanjang masa aku baring jek ngan ilham sambil belai2 dia. Sengih jek dier tengok aku. Tak aktif sangat pon dia masa tu sebab still demam. Tapi tak henti2 senyum tengok aku. Tersentuh gila masa tu. Rasa bersalah pon ada. Yupppp.. ilham nampak sangat happy walopon lemah. Btol cakap hubby. Ilham nak manja2 ngan aku sebenarnya. Yer la. Masa tu walopon malam2 melekat jek ngan aku time nyusu tapi aku memang mengaku la masa yang aku ngan ilham spend sama2 tak berkualiti langsung. Mana taknya. Balik keje aku da terlepek letih. Tak sempat nak main dan gurau2 ngan ilham. Masa nyusu ilham pon aku tertido tak belai2 dier dah.

Cukup2 lah apa yang dah jadi 2 bulan lepas. Aku akan make sure benda macam ni takkan jadi lagik. 2 jejaka ini sangat penting dalam hidup aku. Irreplaceable kay. Sayang sangat!!

4 comments:

unlisted_one said...

Sue,..i pun selalu rasa bersalah kalau terpaksa pilih kerja & family ni. Rasa nak dua2 aje. Hope Ilham cepat sihat ya!

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

welcome back, supermom!!

Dayah said...

awat keja teruk sgt 2 bln ni..?? Sue kat Hosp Kangaq ka..??

sue said...

nia: ilham da sihat. dah makin bulattt!

mama-miya: superwoman?? kalo dah super tak der nyer 2 jejaka kat umah ni terabai

dayah: sue keja kat klinik kesihatan. sue sorang jek pharmacist kat situ. teruk sket sbb macam program baru nk kena buat

Post a Comment