Lagi lagi Klinik 1 Malaysia.. Enuff..!!!

on Tuesday, January 19, 2010

Aku rasa 1 Malaysia dah tau pasal klinik nih. Berbekalkan peruntukan sebanyak Rm50 juta untuk merealisasikan projek ini maka lahirlah sebanyak 50 buah klinik 1 Malaysia ini di seluruh negara. Ulang suara. RM 50 juta.. 50 juta okehh!!! Bukan 5 kupang!

Fungsi klinik ni untuk merawat kes-kes ringan. Ulang suara. KES RINGAN. Macam demam suam2 kuku, hingus2, fenin2 lalat, luka jatuh2 manja dan apa2 yang sewaktu denganya. So kalo dah tau diri tu ada sakit jantung, semput, darah tinggi, kencing manis dan apa2 jek yang kronik tak payah la pi Klinik 1 Malaysia nih. Depa tak simpan ubat sakit2 kronik cani.

Oh yaa.. Kalo dah nama klinik tu ada 1 Malaysia maksudnya Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Kann.. kann.. Ohhh.. alangkah murni nya!

Untuk merealisasikan satu projek mega (uhuk333.. mega kah??) banyak yang perlu dikorbankan. So many peoples had to sacrify their blood, sweat, money and pain for this. (Blood?? Are u serious??) Duit tu yg tak termasuk duit perutnukan yg kerajaan bagi tau. I repeat PAIN..!! oooucchh..! Sakitnya!! So, use it wisely..

0 comments:

Post a Comment