on Wednesday, February 24, 2010
Dah lama tak join contest. So here we go again!
Aku tau pasal Little Red Reading Nook (LRRN) ni dari mombloggersplanet. LRRN adalah salah satu sponsor MBP Cutest Baby of the Planet 2009.

Setelah jalan2 di LRRN apa yang aku bleh cakap aku dah suka dengan blogshop ni. Buku-buku yang dijual kat sini jarang-jarang (or susah?) nak dapat kat luar. Okeh.. pendek citer aku akan beli buku untuk Ilham kat sini lepas nih. Nampak cam best gler buku-buku kat sini.

LRRN berwajah baru sekarang. Aku tatau plak wajah LRRN sebelum ni. Hihiii.. Sempena wajah baru LRRN ni Hui Wearn dengan berbesar hati membuat giveaway ni. Hadiah untuk giveaway ni best tau. Hui Wearn ni owner LRRN.

Untuk Grand Prize korang akan dapat ni: MAISY'S HOUSE AND GARDEN POP-UP PLAY SET



Buku ni harga dier kat luar RM79.90. Huwaaaaa.... mesti sangat best dia nyer content sebab harga dier pon wahhhhhh!!! Buku ni content dier 3D okeh!! Tak caya tengok ni. Kat LRRN price dier RM 58.00 jek. Discount banyak juga kan.


Ok.. Ok.. Bukan tu saja. Ada juga Special Bonus Prize berupa hamper. Bonus prize ni akan diberi sekiranya ada 100 entries untuk giveaway ni. So apa lagi. Mari ramai2 join bagi membanyakkan entry giveaway ni.

Ada lagi. Yer ada lagi hadiah. Hello Kitty Mystery Gift Hamper sponsored by Huiwearn Kids Store untuk entry terbaik. Blogshop Hui Wearn satu lagi. Businesswoman betul Hui Wearn ni. =)

Pemenang akan dipilih secara random menggunakan random.org Untuk meningkatkan lagi kebarangkalian untuk menang ikut syarat di bawah ni:

For 1 entry
Follow this blog and/or become a fan of Huiwearn Kids Store on Facebook -
For 1 entry
Link us to your blog by adding littleredreadingnook.blogspot.com to your blog list
For 1 entry
Add Little Red Reading Nook's new blogshop banner (logo) to your blog sidebar
For 3 entries
Blog about this give-away. In your blog post, pls include the giveaway
banner above and make sure you place a link back here.

Lepas tu tinggalkan link kat entry giveaway ni.
Senang je kan. So tunggu apa lagi. Jom join ramai-ramai...


Additional: Saja nak kongsi gambar Ilham tengah membaca. Gler punya khusyuk+serius! Berkerut-kerut muka. Dia bleh belek buku ni dekat 20 minit kay. Suka aku tengok dia macam ni.


Buku apa ni.. Macam best jek


Hurrmmm... Ada bear. Brown bear


Ok. Next page!



on Friday, February 19, 2010
Back dated entry.

Last weekend hubby call dari KL bertanyakan tentang sesuatu. Owhh..aku kena tinggal kat rumah mak sementelah hubby attend wedding kawan dier weekend lepas. (Sementelah?? btol ke ada word cani?) Hubby tanya nak tak PS2. I was like.. Haaa?? Mimpi apa laki aku nih. Main game jauh skali tiba-tiba nak beli PS2 plak.

Betol. Laki aku tak suka men game. Awal2 dulu masa tau pasal ketidaksukaan dia ni aku macam pelik la jugak. Tak penah lagi jupe laki yang tak suka men game. Tak kiralah game kat internet ke @ PS2 or apa2 je. Yang dia suka futsal ajer. =p

Back to story. Hubby tanya ok tak kalo dia beli PS2 as a gift untuk our 2nd Wedding Anniversary. Ayat umpan hubby yang paling tak tahan- Sayang kan suka men game. Aku yang agak gila juga ngan game terus cakap OK!! But after borak2 kuar la citer sebenar. Actually, hubby men PS2 kat umah kawan dier. Men game bola. Lepas men terus tangkap cintan ngan PS2. Sib baik tangkap cintan ngan PS2. Ooookk..baru faham maksud di sebalik ayat umpan nak beli sangat2 tu. Kat hubby aku pesan jangan jadi tukun tiruan plak PS2 tu nanti. Yer la. Awal2 jek suka men game bola tu. Aku request minta hubby belikan dancing pad jugak. End up hubby pon pesan yang sama kat aku. Jangan plak dah beli nanti tak main plak. Balas balik tu. Iskk..


My 2nd Wedding Anniversary Gift

Favourite game kitorang selain bola setakat ni (hubby aku jek suka bola ni. Aku men jugak sebab nak jaga buah hati aku tu) adalah Up!. Alaaaa.. Movie yang kuar tahun lepas pasal pengembaraan sorang budak dengan orang tua yang naik rumah terbang.



Awal betol tahun ni dapat hadiah anniversary. Tak kisahla. Setelah seminggu PS2 menjadi ahli keluarga baru, apa yang nyata aku ngan hubby asik giler mengadap dier 24/7. Cian Ilham dipinggirkan. Awal-awal Ilham ok jek. Sonok jek dier tengok kitorang main game. May be sebab animation tu colorful dan gerak2. Tapi lately asal nampak kitorang ngadap PS2 jek dia mulalah merengek. Pastu nak menempek kat aku. Aduhaiii... Bijak sungguh!

Ohhh.. Ini juga favorite aku! Melompat-lompat di atas dancing pad mengilut alunan music. Cam perasan best jek bler bleh menari ikut lagu Enrique Iglesias.. Hihiii...

on Tuesday, February 16, 2010
First time aku di tag orang. Dah lama L@n@ tag aku. Baru sekarang nak buat. Sori yer dear. Still remember bout this. But baru sekarang ada masa+ ada mood nak buat. Ohh yaa.. tag ni pasal my beloved hubby

1 - FIRST TIME JUMPA YOUR HUBBY BILA AND KAT MANA?
Kat umah tok aku. Raya ketiga tahun 2006


2 - LOVE AT FIRST SIGHT?
Tak!


3 - WHO IS HE WHEN THE FIRST TIME U MET HIM?
a cyber friend..uhuk33


4 - HOW LONG IT TAKES FOR HIM TO ASK U OUT FOR A DATE?
Date? A real date lebih kurang setahun


5 - FIRST PLACE DATING DI?
Penang

6 - HOW HE PROPOSED?
Kita tunang nak tak


7 - SPECIAL DATE WITH UR HUBBY?
30 Mei 2008 aku kawen


8 - CHANGES THAT HE ASKED YOU TO DO?
Jangan simpan sorang2 dalam hati


9 - WHAT IS ABOUT HIM THAT U LOVE SO MUCH?
caring sangat!


10 - WHAT IS ABOUT HIM THAT U WISH HE WOULD CHANGE?
owhh.. pls stay the same


11 - YOU WILL LOSE YOUR MIND N CRACK YOUR HEAD WHEN HE?
Berleter!


12 - YOU WILL SMILE TRU YOUR EYES FOR THE WHOLE DAY WHEN HE?
Peluk dan cium sebelum pi keje =)


13 - COMPLETE BELOW SENTENCES 'MY LOVE TOWARDS MY HUBBY IS BIG AS...'?
his love towards me =)

Sesaper yang baca tolong sambung yer tag ni.. Sonok sangat buat benda ni sama2 ngan hubby. Hihiiii.. =)
Hubby complaint aku da gemok. Hubby aku pernah suggest amek Jus Mate 5 keluaran Dr Rozmey yang tersangatlah glamer skarang ni. Tapi aku degil tak nak amek. Sebab aku dengan yakin dan perasannya gitau dier aku tak gemokk! Ok, fine! Shape da lari sket kat perut dan peha sejak lepas bersalin. But i'm not dat fat! (Degil dan perasan lagik)

Perut aku buncit sebab aku tak pakai bengkung langsung masa dalam pantang. Almaklumlah. C-sec. Bukan bersalin normal. Dah nak dekat setahun bersalin tapi still tak berbengkung padahal cakap kat hubby after 6 months of delivery baru nak pakai bengkung. Aku orang sebok kay (alasan!) Padahal penyakit M tu la. =p

Berat aku paling rendah masa zaman anak dara dulu 43kg. So BMI around 18. Bapak boderline. Sket jek lagi underweight. Padahal kalo bab makan macam tak hengat dunia. Yepp.. Faktor utama my metabolism rate super high. Sekarang ni berat aku 50kg. BMI 21. Ok, normal! Honestly, aku sangat benci ngan angka 50kg dan perut buncit plus peha besar tapi aku sangat suka sebab aku tak la nampak leper dan kerempeng macam zaman anak dara. Baru sedap nak peluk tak gitu. Wink..wink! =p

So, apa yang patut dibuat kalo nak kurus?

1) Exercise..exercise..exercise!!
Ok, fine! Sangat boring. Sangat sebok, tak sempat! Tapi ada cara yang cukup fun untuk exercise which is dancercise! Sangat banyak CD yang bleh dapat kat kedai. Pilih jek genre yang korang minat. Hip hop ader, jazz ader, latin, bellydance, pop pon ok tak laju sangat. Favorite aku Paula Abdul's Get Up & Dance. Kalo korang bleh ikut Paula dari awal sampai abes memang gua tabik spring! CD dier murah ajer. RM12.90. Dan sesungguhnya aku dah 2 tahun tak exercise. So bleh paham la faktor lain yang menyumbang kepada pembesaran peha. =p
Malas sangat exercise yer. Jangan guna lift kalo ada tangga. Naik turun tangga antara aktiviti yang baik untuk tulang. Dapat elak osteoporosis. Please take note that orang kurus risiko nak dapat osteoporosis tinggi berbanding ngan orang gemok. Pengalaman aku, dancercise best gler. Selain meningkatkan kadar metabolisme dan mengekalkan kecergasan, korang akan rasa sangat SEKSI bler menari. Wahhhh..!

2) Kalo makan tu kunyah biar hancur lumat makanan tu sebelum telan. Ohh yaa.. Orang Perancis mengamalkan habit ni untuk elak perut buncit. Masa zaman anak dara dulu kalo makan wajib setengah jam. Sekarang? Kalo dapat makan 15 minit tu dah kira cukup bagus ok.

3) Minum air perahan limau nipis at least sekali sehari. Sangat bagus untuk kempiskan perut. Sekarang? Minum air yang bleh banyakkan susu jek. Hihiiii..

4) Malas sangat nak buat benda2 kat atas tu? Pegi Marie France/Mayfair/London Weight Management/Slim World. Full stop!
on Monday, February 15, 2010
Pic taken from perezhilton.com

Penah tengok reality series Giuliana & Bill?
Aku semakin gilakk dengan citer nih. This couple sangat sweet n kelakar.
Sape Giuliana? Sape Bill? Apa yang best sangat pasal diorang ni sampai ada reality series sendiri?

Aku selalu tengok iklan pasal citer ni kat channel E. Tak penah teringin nak tengok pon sebab aku tatau sapa manusia dua orang ni. Aku tertengok citer ni hari Sabtu lepas. Giuliana & Bill marathon. Separuh hari ngadap citer ni jek sebab hubby tak de. Masa tu baru la tau sape Giuliana & Bill.

Giuliana DePandi (she's an Italian-American) pengacara E news bersama Ryan Seacrest yang juga host American Idol. Sapa tak kenal Ryan Seacrest yang hensem ni. Bill Rancic plak seorang entrepreneur yang juga pemenang The Apprentice first season. Sangat hot ok tengok dia dalam The Apprentice Season 1 tu. Sape layan angkat tangan!!!

Giuliana & Bill kawen pada 2007. Masa tengok citer ni, I was like 'Ha?? Bill da kawen! Tidakkkk!' (ok, over!) Aku sangat2 admire dengan Bill punya leadership dan cara dia organize sesuatu task. Ooouucchh! Sangat cool! Masa tu cam gedikss jek nak boyfren yang macam ni. Cool, brilliant, hensem! Mau apa lagik?? Sebab tu la kot aku 'menjanda' lama sangat time tu sebab tak jupe orang macam ni. =p

Nape aku suker sangat citer ni?
1) Diorang sangat natural depan camera.Tak control cun/hensem.
2) Cara diorang mempamerkan kasih sayang to each other tak menggediks. Tak de peluk cium yang over. Tapi aku yang tengok ni dapat rasa betapa-sayangnya-aku-kat-ko-kay
3) Cara dioarang cakap or bagi pendapat tak nampak buduhhss.
4) Giuliana sangat kiut bler dia blur walopon hakikatnya dia tak de la cun glerrr
5) Aku memang minat sangat ngan Bill Rancic. Full stop!

Overall this show far away better than Keeping Up With The Kardashians. Serius!
Ohh yaa.. Jangan lupa malam ni Giuliana & Bill pukul 10.20 malam di Channel E! =)
on Thursday, February 11, 2010
Ilham semakin ligat sekarang. Padahal tak bleh merangkak pon lagik. A'ah. Betul. Dah nak masuk 11 bulan dah hero aku tu. Still menyulur. Tapi nak tunjuk pandai panjat sofa. So far baru 2 kali jek berjaya kot. Walker tu tak terkira la da berapa kali dia cuba panjat keluar. Ngeri betul. Kalo nak letak dia dalam walker memang kena tengok2 selalu. Merangkak tak pandai. Panjat memanjat pandai plak. Pelik betul anak mama nih.

Aku ni makin exhausted kalo jaga Ilham. Papa dier pon merungut benda yang sama. Ilham aktif sangat. Tak reti duduk diam. Dia punya movement tu cepat betul. Sib baik la rumah sewa aku tu kecik jek. Adoiii.. I juz cant imagine when Ilham start walking. Double exhausted agaknya. Kalo kat rumah Ilham tak suka sangat duduk dalam walker. Movement dia terhad. Yer la. Rumah kecik. Tak macam rumah babysitter. Ruang tamu luas. Favorite mainan Ilham semua benda yang ada depan mata dier. Mainan yang kita beli palaing lama main pon 5 minit jek. Pastu cari benda lain plak. Sepah-sepahkan diapers satu rumah, selak2 tikar ngan carpet, tarik apa2 benda yang tergantung, cakar pintu ngan dinding (macam kucing plak) dan membuat macam2 bunyi! Disebabkan suka sangat main, minum susu pon ala kadar jek. Juz nak hilangkan haus. Pastu sambung main lagik. Mata dah tak larat angkat pon nak main jugak. Akibatnya jadi macam ni..

Kes 1: Tertido sampai tak sempat telan susu.
Ilham minum menyusu kejap sangat time ni. Baru nyonyot da tido.
Aku terpaksa tekan pipi bulat Ilham nak keluarkan susu tu.
Takut tersedak susu masa tido.



Kes 2: Ni paling ishh333 (geleng paler). Tertido tepi sofa.