Macam mana nak kuruskan badan???

on Tuesday, February 16, 2010
Hubby complaint aku da gemok. Hubby aku pernah suggest amek Jus Mate 5 keluaran Dr Rozmey yang tersangatlah glamer skarang ni. Tapi aku degil tak nak amek. Sebab aku dengan yakin dan perasannya gitau dier aku tak gemokk! Ok, fine! Shape da lari sket kat perut dan peha sejak lepas bersalin. But i'm not dat fat! (Degil dan perasan lagik)

Perut aku buncit sebab aku tak pakai bengkung langsung masa dalam pantang. Almaklumlah. C-sec. Bukan bersalin normal. Dah nak dekat setahun bersalin tapi still tak berbengkung padahal cakap kat hubby after 6 months of delivery baru nak pakai bengkung. Aku orang sebok kay (alasan!) Padahal penyakit M tu la. =p

Berat aku paling rendah masa zaman anak dara dulu 43kg. So BMI around 18. Bapak boderline. Sket jek lagi underweight. Padahal kalo bab makan macam tak hengat dunia. Yepp.. Faktor utama my metabolism rate super high. Sekarang ni berat aku 50kg. BMI 21. Ok, normal! Honestly, aku sangat benci ngan angka 50kg dan perut buncit plus peha besar tapi aku sangat suka sebab aku tak la nampak leper dan kerempeng macam zaman anak dara. Baru sedap nak peluk tak gitu. Wink..wink! =p

So, apa yang patut dibuat kalo nak kurus?

1) Exercise..exercise..exercise!!
Ok, fine! Sangat boring. Sangat sebok, tak sempat! Tapi ada cara yang cukup fun untuk exercise which is dancercise! Sangat banyak CD yang bleh dapat kat kedai. Pilih jek genre yang korang minat. Hip hop ader, jazz ader, latin, bellydance, pop pon ok tak laju sangat. Favorite aku Paula Abdul's Get Up & Dance. Kalo korang bleh ikut Paula dari awal sampai abes memang gua tabik spring! CD dier murah ajer. RM12.90. Dan sesungguhnya aku dah 2 tahun tak exercise. So bleh paham la faktor lain yang menyumbang kepada pembesaran peha. =p
Malas sangat exercise yer. Jangan guna lift kalo ada tangga. Naik turun tangga antara aktiviti yang baik untuk tulang. Dapat elak osteoporosis. Please take note that orang kurus risiko nak dapat osteoporosis tinggi berbanding ngan orang gemok. Pengalaman aku, dancercise best gler. Selain meningkatkan kadar metabolisme dan mengekalkan kecergasan, korang akan rasa sangat SEKSI bler menari. Wahhhh..!

2) Kalo makan tu kunyah biar hancur lumat makanan tu sebelum telan. Ohh yaa.. Orang Perancis mengamalkan habit ni untuk elak perut buncit. Masa zaman anak dara dulu kalo makan wajib setengah jam. Sekarang? Kalo dapat makan 15 minit tu dah kira cukup bagus ok.

3) Minum air perahan limau nipis at least sekali sehari. Sangat bagus untuk kempiskan perut. Sekarang? Minum air yang bleh banyakkan susu jek. Hihiiii..

4) Malas sangat nak buat benda2 kat atas tu? Pegi Marie France/Mayfair/London Weight Management/Slim World. Full stop!

0 comments:

Post a Comment