Kematian Pertama H1N1 Untuk Tahun Ini

on Tuesday, March 2, 2010
Bahang wabak pandemik influenze H1N1 semakin suam-suam kuku. Walaupon di media iklan peringatan tentang wabak ini sentiasa ada. Namun disebabkan sikap kita yang mudah lupa dan ambil mudah, penularan wabak ini semakin dilupakan. Walaupun telah diingatkan tentang akan datangnya second wave wabak ini namun masyarakat semakin selesa sebab tiada langsung kematian dilaporkan sejak hujung tahun 2009. Dan sesungguhnya aku adalah antara mereka yang semakin lupa tentang bahaya virus itu (dah makin tua kot =p). Dengan selambanya dah lama tak pakai face mask kat tempat keje. Selamba badak bawak Ilham pi tempat-tempat crowded macam pasar tani.

Dan sesungguhnya kenkawan sekalian, virus itu masih bersama kita. Dan tak mustahil dah mutate. Kematian pertama untuk tahun ini dilaporkan berlaku di HUSM. Pesakit muda lagi okeh. Baru 22 tahun. Ok malas nak tulis. Baca kat bawah ni. Aku quote dari website KKM.

Kementerian Kesihatan ingin merujuk kepada beberapa pertanyaan berkaitan kematian jangkitan Influenza A (H1N1) yang berlaku di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM), Kubang Kerian pada 28 Februari 2010. Mengikut laporan yang diterima daripada pihak HUSM, penyebab kematian kes ini dicatatkan sebagai “Septicemic Shock with Acute Respiratory Distress Syndrome secondary to H1N1 Infection”.

Kes ini adalah seorang wanita berumur 22 tahun, dimasukkan ke HUSM pada 15 Februari 2010 dengan riwayat telah mengalami demam dan batuk selama 8 hari. Kes mula mendapat rawatan di sebuah klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama. Kes terus dimasukkan ke wad dan rawatan antiviral influenza A(H1N1) terus dimulakan. Kes disahkan sebagai jangkitan influenza A(H1N1) pada 16 Februari 2010. Akibat komplikasi jangkitan paru-paru, pesakit telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi(ICU) hospital berkenaan pada 17 Februari 2010. Pesakit meninggal dunia 2 minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai “Septicemic Shock with Acute Respiratory Distress Syndrome secondary to H1N1 Infection”. Walaupun jangkitan influenza A(H1N1) bagi kes ini dikatakan sebagai `secondary’, kejadian kematian ini menunjukkan penularan H1N1 walaupun agak rendah boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak ambil.

Oleh itu wahai kenkawan sekalian. Sentiasalah berjaga-berjaga. Langkah-langkah pencegahan sama jugak macam biasa. U all mesti dah tau. Tinggal nak ngan tak nak or jangan jadi macam aku slumber badak. Or consider nak amek vaksin? Bleh klik cni. Aku dah bebel pasal vaksin H1N1 ni kat sini.

1 comments:

L@n@ said...

iyelah sue .. dalam berita keluar pagi tadi .. kene careful kan .. pembunuh senyap..

Post a Comment