Ilham Milestone...

on Wednesday, May 5, 2010


@ 10 months : Babysitter gitau ilham dah pandai berebut barang dengan budak lain. (MORE: 10 bulan sudah..!)



@ 11 months : Ilham mula merangkak. 1st time tengok dia bangun dan duduk sendri kitorang hepy gler. Puas tunggu bler si kecik ni nak merangkak sebab nak bangun dari meniarap dan duduk sendri pon tak pandai lagik. Sedih jek bler orang cakap progress ilham slow. Dah bleh merangkak ni lagi sakan ilham sepahkan barang. Lagi sakan aku asyik jerit jangan. Lagi sakan aku risau. Gigi dah kuar 4 batang terus, 2 atas 2 bawah. So ilham dah pandai menggigit masa menyusu. Asyik menjerit jek aku. Petua mak masa ilham gigit tu tekapkan b* kat muka ilham. Cian ilham tak leh nafas. So dengan sendrinya dia terus tak gigit sampai sekarang. Petua ni buka sekali buat terus menjadi tau. Tapi cukup la 4-5 kali buat terus tak menggigit dah sampai sekarang. Dan kini 3 lagi gigi atas dah kuar. Kadang-kadang datang fiil dia nak menggigit. But bukan selalu. Nakal anak mama. Bler tanya sape anak mama dia angkat tangan. Dah pandai juga tepuk tangan dan buat cak cekak udang gamit. Mak aku cakap ilham ni dah tua baru pandai tepuk tangan. Ekekeke... ada ker mak tok cakap ilham dah tua. Bler cakap sayang mama..dia pon cium pipi aku. Papa makan ati jek sebab bler cakap sayang papa dia wat derk jek. Nak buat cane. Pengasuh selalu cakap sayang mak (ilham panggil bbsitter mak). Ilham cuma paham word mak ngan mama. Word papa dia tak leh digest lagi. So papa kena banyak bersabar. Bler cakap sayang bebear dia pon cium patung beruang aku. Lagi la papa hangenn. Hikhikk... 11 bulan graf ilham naekkk mencanak.


@ 12 months : Ilham sebut papa!!! Papa tersengih sepanjang hari bler ilham pandai panggil papa. Pa-pa. Pa-pa-pa-pa. Sambil tido pon papa senyum. Ilham dah mula sakit-sakit. Kalo tak demam batuk. Tak pon selsema. Baper kali dah postpone nak amek vaksin MMR sebab ilham tak sihat. Sampai sekarang tak cucuk lagi. Haihhhhh.... (MORE: Mengimbas setahun yang lalu.. journey of love)



@ 13 months : Ilham 1st step. Iyerrr.... Ilham tak leh jalan lagi. Masih menapak 2-3 langkah. But now 5-7 langkah. Aduhaiiii... Tak pe. Tak de mama penat kejar ilham. Biar penat dukung tak per lagi. Ilham juga dah pandai minum sendri guna dia punya bekas minum berstraw. Kalo haus pandai jek amek sendri nak minum. Ilham juga dah tau nak salam dengan orang. Selalunya orang kena hulur tangan dulu kalau nak salam. Sekarang, dia yang hulur tangan. Kalo datangan hangen malas dia hulur mulut jek nak cium tangan. Apa daaaa..



Ilham punya milestone aku taip dan simpan dalam henpon jek memandangkan aku tak sempat nak update selalu dalam blog nih. Cepat btol masa. Ilham dah tak buuulattt macam dolu-dolu. Dah kurus sejak aku tak fully breastfeed dia. Susu tin memang tak leh lawan susu ibu. Sib baik jugak sempat nak memblog artikel untuk his 1st birthday on earth. Aku hanya sempat update blog bler kena keje malam. Time lain jangan harap! Aku memang salute la to all full time working mommies yang sempat update blog every single day. Bukan senang okeh.

Ilham dah nak masuk 14 bulan on 15th Mei nih. Tapi birthday dia tak celebrate pon lagik. Even small ceremony pon tak leh nak mencelah untuk ilham. Kalo ikutkan nak celebrate bertiga jek. Tapi macam tak happening plak. At least dapat gather ngan semua family members pon da cukup baekk. Malangnya kerja telah mencuri masa dan kudrat aku. (Alasan..alasan..)

0 comments:

Post a Comment