Umpama mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi...

on Tuesday, July 20, 2010

Last weekend aku berpacaran dengan hubby. Meronggeng sampai ke malam. Sejak balik dari Tioman dengan keje yang membukit ditambah produktiviti yang sangat tidak memberangsangkan, weekend adalah masa untuk dihabiskan di rumah sahaja.

Makanya...tinggal ilham dengan tok wan so dat tok wan dengan mak tok bleh main dengan ilham lama-lama. (Alasan...cakap jek la nak berdua-duaan =p)

Mula-mula clearkan purse di Carrefour Seberang Jaya dengan memborong stok susu Ilham dan diapers dier. Borong 5 tin susu sekaligus sampai promoter tu pandang pelik. Tak payah pelik amoi. Kitorang ni datang dari jauh. Bukan senang nak cari susu ilham kat Perlis kay. Kalo ikutkan nak beli lebih lagi. Tapi troli dah penuh dengan diapers ilham.

Abes memborong pegi Jusco Bandar Perda plak. Owhhh... tidak shopping apa-apa. Pegi situ semata-mata nak tengok wayang jek. Banyak citer baru rupanya sekarang ni. Citer yang dah lama keluar tapi tak tengok lagi pon banyak. So..end up pilih Inception. Sebab..terbaca kat poster dier --> 'FROM THE DIRECTOR OF DARK NIGHT. Iyerr... itu jek. Aku bukan peminat Leonardo Di Caprio. Citer dier sangat best. Sampai hari ni tak abes-abes dok ulang kat hubby asyik teringat citer Inception tu.

Citer ni pasal Dom Cobb (Dicaprio) yang mempunyai kebolehan mengektract/mencuri idea melalui minda separa sedar. Kebolehan ini menjadikan petaka bila mana dia tak dapat jumpa anak-anak dia sebab asyik lari dari orang itu ini. Akhirnya seseorang telah offer satu task di mana ganjaran untuk Cobb adalah freedom. Tak yah lari-lari dah. Pastu bleh jupe anak tercinta plak. So dia pon accept task ni. Nak tau task aper baik korang layan sendri citer ni. Kalo aku citer tak suspense plak kan.

Amaran: Make sure tepon off terus. Tak payah beli pop corn ke apa ker nak makan masa tu sebab korang tak kan ader masa nak kunyah. Setiap saat penting untuk faham keseluruhan cerita. Aku beli pepsi jek masa tu. Last-last aku minum 2-3 kali jek sebelum citer mula. Kushyukkkk...!!

1 comments:

Blogger said...

Do you prefer Coca-Cola or Pepsi?
ANSWER THE POLL and you could win a prepaid VISA gift card!

Post a Comment