Ilham... tentang sesuatu..

on Sunday, August 15, 2010

Bulan ni umur Ilham masuk setahun 5 bulan. Dah berbulan lamanya aku tak tulis pasal Ilham padahal blog ni diilhamkan kerana Ilham. Tapi most entry yang terilham di sini banyak pasal mama Ilham. Tu la. Mama Ilham plak yang lebih. =p (selingan.. cuba kira ada berapa words ilham dalam para ni.. =p)

Progress Ilham since month ago agak cepat especially tentang kebolehan dia belajar tentang sesuatu. Rasa tak sempat nak feel dengan satu kebolehan datang lain plak benda yang dia belajar. Aku ni bukanlah mama yang rajin dan konsisten macam orang lain. Yer..alasan tu banyak jek kalau penyakit M tu melekat kan. Alasan paling glamer SEBOK. Suka hati ikut mood aku jek bila nak ajar ilham. Kalau kena keje malam harus ponteng ajar ilham. So kalau tengok anak orang lain dah boleh itu ini tak bleh ngade nak jeles lebih-lebih kay. Ilham cepat belajar cuma mama dier jek yang lambat ajar. Hahaaa...

So..apa ilham dah boleh buat since few weeks or months ago may be??
(or lebih tepat apakah kebolehan ilham yang mencerminkan kewajipan yang telah dijalankan oleh aku dan hubby sebagai mak bapak since few months ago)

1) Ilham dah kenal sejadah dan tahu sejadah adalah untuk solat. Bler bentang jek sejadah dia la yang sebok-sebok tertonggeng-tonggeng ruku'. Awal-awal dia cuma tau ruku'. Sekarang dah tau letak tangan kat perut. Ilham pon dah tau tadah tangan berdoa tapi cepat jek aminkan. Nak habiskan baca bismillah pon tak sempat. Hahaaa.. Pesan mama kalo besar nanti malas solat mama babab ilham dengan rotan. Owhh... aku tak ajar pon ni. May be dia belajar dari pemerhatian.

2) Ilham dah tau mana teeth, ear, hair dan nose. Tapi lately bila tanya jek dah malas nak tunjuk mana satu teeth/ear/nose/hair. Buat derk jek bila aku tanya. Haiihhh... Nak marah pon ader jugak. Ingat lagi masa pertama kali ajar ilham kenal gigi masa gigi dia baru keluar. Ilham..show your teeth. Dia amek tangan aku letak kat gigi aku. Wakakaka...yer..salah ajaran. Hari-hari cakap dan tunjuk macam tu, macam tu la yang dia buat. Dah kena betulkan balik ajaran. Bila ajaran dah betul baru aku perasan arahan aku tak tepat. Mana tak nya. Satu hari tu saja nak test aku cakap 'ilham..show..' terus ilham tunjuk gigi dier. Sah..dia dengar show jek terus tunjuk gigi. Yer...kecik-kecik camtu kena ajar simple word jek. Aku ni bantai buat ayat panjang-panjang.

3) Aku tak ingat sejak bila ilham pandai salam orang. Ni pengasuh aku yang ajar. Tapi yang paling best kalau dia salam sambil berdiri mesti sampai terbongkok badan. Kunun macam hormat gitu. Part ni pengasuh aku pon terkejut.

4) Lately asyik panggil mama jek. Papa pon jadik mama. Dan satu hari aku telah di psiko oleh ilham.
Ilham: Maaaa....
Aku: Mama la.
Ilham: Maaa....
Aku: Mama. (Ala-ala tone semakin tinggi)
Ilham: Maaaa...
Aku: Yaaa..
Ilham: Mamaaa
Ohhh...Sabar je laa..

5) Few words yang dia reti sebut (yang aku ingat)
- bak=minta
-atu=satu
-acut=kasut
Sikit la plak kan... Mama dan papa kena kerja keras nih.
Lagi satu sampai sekarang kalau nak susu tak tentu jek cara dier. Jarang-jarang sekali cakap nak nenen. Selalu tu tau guling-guling jek tak pon melepet atas lantai. Kalau tarik baju aku faham. Tak nak susu botol nak direct breastfeeding!

Few words yang ilham faham dan kenal yang aku ingat (owhh....very few)
-apple
-ball
-angkat tangan
-angkat kaki
-peluk mama
-salam/amin mama
-sayang mama
-nak babab kat mana?? (sambil tunjuk babab diri sendri kat perut)

5) Dah pandai respond to any kids programme kat tv especially Barney & Friends, Hi-5 Yo Gabba-gabba etc. Owhh..kena expose nasyid banyak-banyak plak pasni. Thanx to mommylyna yang citer pasal upsy daisy.

Hari ni yang aku perasan dia dah pandai mengajuk apa yang aku cakap. Bila aku berleter-->ilham ni tak dan-dan la (tak sabar/nak cepat jek) dia boleh plak mengajuk dan-dan.. Haihhhh..nak marah pun tak jadi tau. Geram sangat. Tapi jangan marah try benda lain plak.
Aku: Banana
Ilham: nana
Aku: Duck..duck..duck
Ilham: duck

Hurmm... kesimpulannya mama dengan papa kena rajin berganda-ganda spend time dengan ilham ajar itu ini. Bukan harapkan vcd or tv jek. Hahaaaaa...

0 comments:

Post a Comment