Jangan fikir nak sedap aje...

on Wednesday, August 25, 2010
Hampir tiap-tiap hari kita dengar kes buang bayi. Sehari tu kadang-kadang lebih dari satu kes. Moral masyarakat kita semakin tenat. Sib baik aku ni jenis 2-3 hari sekali baru selak surat khabar. Tak la rasa sesak nafas dan rimas sangat dengan penyakit ni. Tak dapat tidak aku sebagai mak ni terkena jugak tempias risau tu. Membesarkan anak dalam suasana dunia yang semakin dasyat memerlukan kita perlu memberi perhatian yang berganda kepada anak-anak. Kecik-kecik ni senangla kan. Tutup pintu rumah dia tak keluar. Kalau dah besar tak boleh buat macam tu dah. Lagi plak bila anak dah bersekolah bercampur gaul dengan macam-macam jenis umat manusia. Apa yang aku nampak sejak bergelar mak budak ni hidup asyik risau jek biler fikir pasal anak. Dan aku rasa perasaan itu akan berterusan walaupun anak dah besar panjang, dah keje or dah kawen. risau tu hanya akan lenyap bila mana mata ni tertutup terus=mati.

Aku ni asyik terfikir-fikir kalau ada anak pompuan nanti macam mana. Lagi besar, berat dan dalam kerisauan tu. Menjaga dan mendidik anak perempuan bila dia dah besar remaja mesti sangat mencabar. Takutnya tuhan saja yang tau. Dalam dok risau-risau tu aku pernah terbaca satu entry kat blog mommylyna MSK. Ada sorang tu komen anak laki pon kita kena risau jugak. Kena didik betul-betul supaya tak sesuka hati tebuk anak dara orang. Yup... make sense!!! Besarnya dan beratnya amanah Allah kan. Ya Allah..semoga Engkau melindungi keluarga kami semua dari maksiat dan kemungkaran. Aminnnn..

Lain plak ceritanya di tempat aku..

Tiap-tiap hari masa balik keja nafas aku mesti sesak. Taman perumahan tempat aku menyewa rumah penuh dengan teenagers tak kira laki pompuan berpeleseran sana sini naik motor. Kita yang drive ni plak kena extra careful. Diorang yang naik motor bleh plak bergurau, senda bertempuk tampar, bergelak-gelak dan bersembang-sembang tak hirau orang lain kat jalan tu. Yang paling menyedihkan semua teenagers tu MELAYU!!! Tak dak langsung cina, india or bangsa lain. Haiihhhh... apa nak jadi nih. Kalau alasan nak hilangkan tension dan boring takkan tiap-tiap hari pusing taman tu cuci mata. Kalau nak hilangkan tension dan boring takkan nak berpeleseran macam tu pon berlipstick bagai. Please... Kenapa korang jek macam tu orang lain tak macam tu. Aku memang tak boleh bayangkan anak aku membesar dalam persekitaran yang sangat tidak sihat macam tu. Baik ngadap playstation jek dari merambu macam tu.. Tak dek playstation baca la majalah, novel, surat khabar, surfing internet. Jangan baca majalah or tengok video porno plak. =p Gelap hati tau. Sebab tu la belajar pape pon ilmu payah nak lekat kat dada. Dah macam membebel plak. Serius..aku malu tengok bangsa aku macam tu. Buatlah sesuatu yang membanggakan. Yup..Tak semua macam tu. Tapi kenapa mesti ada yang macam tu??? Aduhai.. tak dapat membayangkan kalau yang merambu tu anak aku. Sakitnyaaa...

Aku nak share sumthing ngan korang. Aku baca ni dari blog suzie. Ori nya dari SINI





Wahai anak-anak dan kawan-kawan sekalian.
Terlajak perahu boleh diundur.
Sesungguhnya perbuatan zina itu satu DOSA BESAR.
Bertaubat lah kepadaNYA sementara pintu itu masih terbuka.


The best thing is JANGAN LANGSUNG MENGHAMPIRI ZINA-
jangan berdua-duaan, pegang-pegang, sentuh-sentuh, kiss-kiss
dan semua yang sewaktu dengannya.
So halalkan semua ni dengan KAWEN!!!!!

2 comments:

My Written Thoughts.. said...

Memang menyakitkan dengar berita2 mcm ni.. Org yg nak anak, ssh nak dapat anak.. yg buat anak siap blh buang, dera n sembelih lg.. apa nak jadi nihh??

sue said...

Haihhh.. tu la pasal kan. Ngeri jek dengar benda-benda tak elok ni.

Post a Comment