Malam itu di Batu Ferringhi..

on Sunday, August 15, 2010
Backdated entry.. Jalan-jalan sebelum Ramadhan.

Ni la first time pi Batu Ferringhi tahun ni. Kemeriahan dah tak macam dulu. Mungkin sebab gerai VCD/DVD cetak rompak dah tak der macam dulu. Hubby cakap beberapa bulan lepas tempat ni kena raid dengan enforcement. Keciwa jugak sebab awal-awal tu harap sangat gerai VCD/DVD yang berlambak giler macam dulu tu sebab raiding tu dah banyak bulan kan. yer la. Hajat hati nak beli complete set VCD Brainy Baby untuk Ilham sebab pernah terbaca dalam blog sape tah yang cakap VCD tu ada dijual kat sini.

Masa aku tengah belek cermin kat satu gerai tu tiba-tiba one chinese man tanya hubby aku nak beli VCD tak. Terus hubby tanya kat mana. Then chinese man tu tunjuk la tempat tersorok kat belakang gerai yang banyak-banyak kat situ. Rupa-rupanya diorang still jual. Tapi sembuny-sembunyi lah. Ramai gak tourist dok belek-belek VCD kat situ. Lagi ramai dari local people. Hahahahaa... Rasa kelakar plak. Cari punya cari tapi VCD Brainy Baby tak de. Dan yang tak bestnya tak de satu pon VCD yang seswai untuk Ilham. Tokey kedai tu pon cakap diorang tak de jual VCD camtu. End up kitorang beli VCD Despicable ME, Toy Story 3 dan Movie Doraemon. Yerr.. Semua citer katun. Bukan untuk Ilham tapi untuk mama ngan papa Ilham. Hahahaha.. Lain-lain benda tak beli pon. Tak de yang berkenan walopon banyak benda menarik.

Selain dari cuci mata tujuan kitorang pegi malam tu adalah untuk test gadget baru hubby. Hubby beli lense baru untuk DSLR dier. Tapi gambar dalam entry ni aku letak gambar dari tepon aku jek. So sah-sah la kualiti dier gitu-gitu aje la.

Warna warni malam di Batu Ferringhi


Bleh shopping..




Banyak tempat makan menarik.. Tapi pastikan dulu status halal dier yek









0 comments:

Post a Comment