on Wednesday, September 22, 2010

Nak bercerita tentang cinta. Tajuk harus wallaaaa la kan.Ayat-ayat dalam entry ni pon kejiwangan sedikit yer.

Kisah di dalam taxi.
Aku hanya naek taxi kalau dari airport ke hotel (ni case outstation lah). Kalau tak de outstation tak de lah taxi dalam hidup aku. Common conversation dalam taxi, taxi driver biasanya tanya dari mana, keje kat mana, kenapa datang situ. Sembang-sembang santai gitu. Tapi kali ni lain. Bro taxi tu tanya nama. Walaupun sedikit pelik aku jawab jugak. Luckily aku tak keseorangan outstation kali ni. So gabra tu bleh control lagik.

Bro taxi: Kak, saya ni nak tanya pendapat kakak-kakak. Nak tanya pendapat je. Tak de apa-apa maksud lain

Aku: Dalam hati (Haihhhh..apa kes la mamat nih. Serius lain macam jek)--> Aku dah start gabra la nih

Bro taxi: Saya penah dengar orang kata. Ni orang kata la. Semua orang dalam dunia ni tak kisah la dia keja apa pon (sambil mention 3- 4-5 jenis pekerjaan yg aku tak ingat dah) kena cari keredhaan Allah. Macam mana nak dapat keredhaan Allah?? Kena jaga sembahyang. Kena sembahyang di awal waktu. Kita selalu lewat-lewatkan sembahyang. Padahal sembahyang kejap jek. 5 minit pon dah cukup. Kalau 10 minit tu dah cukup lama.

Bro taxi tu cakap banyak jugak. Aku senyum ajer. Angguk pon ada jugak.Point penting lain..

Bro taxi: Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kak rasa di dalam tu di dalam apa??

Aku & Kak Shimah: (Senyap)

Bro taxi: Kak rasa di dalam tu di dalam apa?
(Dia ulang lagi. Aku ingatkan dia juz tanya. Rupa-rupanya dia nak jawapan jugak!)

Aku: Dalam hidup la

Bro taxi: Bukan

Aku & Kak Shimah: Hati??? (Serentak plak)

Bro taxi: Btol. Hati. Kenapa manusia rugi? Sebab hati kita tak ingat Allah. Kita ni duduk saja-saja kena berzikir. Jangan la berzikir kuat-kuat. Berzikir kuat-kuat penat. Berzikir dalam hati je. Saya try buat. Memang lama-lama jadi biasa. Senang je.Sambil-sambil buat keja pon kak boleh berzikir. Tapi janganla dok berzikir jek sampai tak nak buat keje lain. Nabi pon dah pesan kalau buat keje tu kita kena buat macam kita hidup kat dunia ni selama-lamanya. Kalau nak buat ibadat tu macam kita nak mati esok.

Aku: (Senyum dan angguk)

Bro taxi: Semoga kesudahan yang baik untuk kita semua

Aku: InsyaAllah

Sampai di Summit Hotel USJ, Sebelum keluar taxi bro tu ulang lagi

Bro taxi: Semoga kesudahan yang baik untuk kita semua
Aku: InsyaAllah
Bro taxi: InsyaAllah. Aminnn..
Kak shimah; terima kasih sebab share dengan kami.
Bro taxi: (Senyum)

Perjalanan dari Skypark Terminal Subang ke Summit Hotel USJ kejap jek. Tak sampai 20 minit pon. Tapi 20 minit yang cukup bermakna. Kata-kata bro taxi tu menyentap jiwa jugak la. Part semayang hujung waktu tu dah makin menjadi-jadi dalam hidup aku. Terasa kena tepat atas batang hidung babe. Aku lalai. Dah terlalu lama hanyut. Macam bangun dari tido yer jugak. Cliche?? Wutever. Itu yang aku rasa.

Teringat kata-kata ustazah/ustaz. Sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada mereka yang Dia kehendaki.Sesungguhnya Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada cinta setanding cinta dan kasih sayangNYA. Itu yang selalu aku ingat dari dulu. itu juga yang semakin aku lupa. Pernah tak korang rasa setiap kali lepas kita sembahyang atau berdoa dengan penuh ikhlas, khusyuk dan rendah diri kepadaNYA ada satu perasaan yang sangat tenang dan lapang jek dada. To be honest, dah lama perasaan tu hilang. Sehinggalah mendengar kata-kata bro taxi tu perasaan tu datang balik.

Setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Setiap benda yang tak baik terjadi anggaplah itu satu peringatan dan teguran dariNYA. Yang penting kita sebagai hamba sentiasa lah bersangka baik denganNYA. Teringat dulu-dulu kalau aku ngumpat orang atau cakap besar sikit mesti lepas tu kepala terhantuk kat katil (dari sekolah sampai universiti aku duduk hostel. So tido katil 2 tingkat la kan). Asal cakap benda tak elok kepala aku merasa la cium katil. Hahaa..tengok tuhan bayar cash. Tak pon ayat faveret. Tengok..kan dah kena tegur. Ayat ni la yang selalu aku cakap kat diri sendri kalau kepala cium katil. So, sampai sekarang mulut ni takut jek nak kata kat orang. Takut balik kat diri sendri or dengan kata lain takut balasan tuhan secara cash! Tak de hutang-hutang kau.

Sepanjang hari aku asyik teringat hal dalam taxi ni. Tak sabar nak tulis semuanya kat sini. Bukannya apa. Keterlupaan aku semakin menjadi-jadi. So kena tulis cepat-cepat sebelum terlupa every single thing.

Kepada bro taxi, terima kasih..
on Saturday, September 18, 2010

Movie hujung minggu kali ni layan Pisau Cukur. Filem ni keluar November 2009.
Siapa tak nak hidup senang???????

Pisau cukup mengisahkan 2 orang pompuan gedix yang bercuti di atas kapal mewah nak cari laki kaya untuk di buat husband. 2 orang pompuan gedix itu adalah Fazura sebagai Intan dan Maya Karin sebagai Bella. Watak Maya Karin dalam citer nih lain giler la. Tapi bagi aku watak Maya Karin menggedix tak baper jadik sangat sebab tak seswai dengan muka dia yang sangat ayu dan penuh kewanitaan itu. Tapi maintain cantik babe. Seriously, kalau Maya Karin main mata lebih2 dan sedikit body language penggoda dalam citer tu dah cukup untuk menghidupkan watak penggoda tu. Tak perlu gedix.

Selain dari citer pasal Bella dan Intan yang pisau cukur itu, atas kapal ni ada jugak cerita pasal Dato' Z yang bawak 3 orang isteri dia bercuti. Kematian Dato' Z secara mengejut dipercayai telah dibunuh oleh sesorang di atas kapal tu. Kat sini lah peranan watak Aaron Aziz sebagai detektif yang bekerjasama dengan Fazura nak cari pembunuh Dato' Z. Simple jek jalan citer dier. Filem ni ringan sangat. Seswai untuk santai-santai hujung minggu setelah penat bersilat dengan anak. Aaron Aziz sangat hensem dan macho seperti biasa.

Overall aku suka citer ni. Salah satu filem Melayu yang menunjukkan satu sudut yang lain sikit. Lawak dalam filem ni memang masuk jugak la dengan aku. Part paling lawak masa Fazura jumpa Rafidah yang berlakon sebagai gadis spa. Fazura- bab gedix ni memang tabik lah kat dia. She's annoyingly adorable!

Pengarah filem ni Bernard Chauly, producer Lina Tan dan Penulis skrip plak Rafidah 3R. Kalau sape peminat Gol n Gincu nama ni bukan alien untuk korang. Kalau korang minat Gol n Gincu korang wajib tengok citer nih.

P/S: Aku kena explain kat laki aku apa itu Gucci, Dior dan Louis Vuitton masa tengok citer ni. Hahaaaa..