on Tuesday, January 25, 2011
 
Aku dah try cari kat website CIMB ruang/form untuk buat complaint. Konon-konon nak guna saluran yang betul la untuk buat  complaint. Malangnya tak de. Dan akhirnya blog adalah tempat paling cun nak tulis segala mak nenek yang tak puas hati tu. (Ye la tu sue oiii. Bukan dari awal memang ko nak tulis pasal ni kat blog ker?? =p)

18 Disember 2010
Aku amek duit kat ATM machine CIMB kat Megamall Penang, Prai. Tak pasal-pasal ATM kad aku kena telan. Salah nombor pin?? Absolutely not. Sebab lepas masukkan nombor pin aku berjaya masukkan amount duit yang aku nak keluarkan. Terus aku call CIMB call center untuk report pasal benda ni. Girl dari call center CIMB tu tanya la kat mana aku nak amek ATM kad aku nanti. Dan aku mention CIMB Kuala Perlis. Budak tu cakap aku akan dapat kad aku tu dalam masa seminggu. Malangnya aku lupa nama budak pompuan CIMB call center yang amek report aku tu

Seminggu berlalu. Dan aku pon pi CIMB Kuala Perlis. Orang CIMB Kola Perlis gitau tak sampai lagi. Minggu kedua aku pi lagi. Still tak sampai lagi. Orang CIMB Kola Perlis tu minta aku call balik call center tanya pasal kad aku tu diorang hantar pi mana.

3 Januari 2011
Aku call CIMB call center. One man nama Khairul yang pick up. Aku pon story mori la pasal hal ni dan apa yang dia jawab--> benda ni prosedur. Memang kena tunggu jek kad ATM tu sampai. Dia tak bleh nak buat apa. Lenkali sebelum pegi CIMB Kola Perlis tu call dulu tanya kad dah sampai ke blom. Jangan pegi terus. (Dia bagi no CIMB Kola Perlis). Kalau nak cepat terminate jek kad ATM tu dan buat kad baru RM12 jek. 
Bengong! Aku nak tau kad aku kat mana la bro. Takkan dari Penang ke Perlis lebih 2 minggu pon tak sampai-sampai lagi kad aku tu. Tak efficient sangat ker Pos Malaysia. Malas nak bertekak dengan mamat yang macam pompuan tengah PMS tu aku pon letak tepon dan call balik CIMB call center. Luckily orang lain plak yang pick up the phone. Aku pon stori mori kat Zawiyah ni. Dia kata akan check status complaint aku dan akan call aku balik. OK. At least ada somebody yang tak PMS kat call center tu.

1.00pm
Aku pi CIMB Kola Perlis nak amek duit. Sudah pasti dan kompem la aku kena kuarkan duit guna buku. Bapak punya ramai orang. Lupa plak dividen ASB dah masuk. Sebab tu ramai orang. Blah cenggitu jek.

3.56pm
Zawiyah call. Dia cakap kad ATM machine Prangin Mall tu bawah CIMB Bank Jalan Baru Penang. Dia suh aku call CIMB ni untuk tanya pasal ATM kad aku tu. Lerr...pesal aku kena call. Ko kan CIMB Customer Service. Hampeh. Last-last dengan redha aku call sendri CIMB Jalan Baru sebab bila pikir balik orang call center macam tak bleh harap jek selepas berlakunya peristiwa 18 Dec 2010 tu.

4.13pm
Aku call CIMB Jalan Baru. Diorang cakap kad tu diorang dah pos ke CIMB Bayan Baru tempat aku buka akaun dulu.

4.17pm
Aku call CIMB Bayan Baru. Kad aku memang ada kat situ. Aku minta dat lady hantar ke CIMB Kola Perlis. Dia cakap dia tak incharge benda ni. Dia suh aku cakap dengan Izwan or Izani. Aku dapat cakap dengan Izwan tu. Dia minta nama & no I/C. Si Izwan tu kata kad tu akan sampai dalam masa 1 hari jek kat CIMB Kola Perlis. Wahhh...giler efficient.

5 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. Kad aku still tak sampai lagi.

7 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. Line asyik busy. So aku terus pi sana. Aku cakap dengan one person nama Jamal. Dia kata tak sampai lagi. Dengan tone suara yang agak tinggi sket jek aku kata "So saya kena call Encik Izwan lagi la ek???" (Izwan yang CIMB Bayan Baru yang uruskan ATM kad aku untuk di pos ke Kola Perlis). Encik Jamal tu terus cakap. Eh...tak pa..tak pa. Dia yang akan call Izwan. Kalau kad tu sampai nanti dia call aku. Dalam hati aku panas tak terkata. Sabarrrrr....

1.30pm
Perkara paling sadis dalam hidup. Notes tak cukup nak bayar duit makan. Terpaksa top up dengan coins dekat 2 hinggit. Malu tak terkira masa tu. Padahal sebelum kuar dari kete dah kira betol-betol notes tu. Amek  lauk pon ngam-ngam jek. Punya nak jadi cerita tak cukup jugak. Dalam hati menyumpah sakan semua orang CIMB. Wakakaakaa...

10 Januari 2011
Aku pi CIMB Kola Perlis sebab nak amek duit. Yer..kena guna buku. Tunggu..tunggu.. dan tunggu sebab orang ramai. Yer la. Dividen ASB dah masuk ramai ler orang kat bank. Lepas amek duit aku plan nak jupe En Jamal. Melalui Cik Yushina front desk, katanya En Jamal sebok kira duit. Tak bleh tinggal keje tu. Dia minta aku tunggu. Ok fine. Selepas 10-15 minit still tak show up aku cakap kat Cik Yushina aku nak blah. Cik Yushina minta aku tunggu sat. Dia panggil En Jamal lagi thru phone. Kat belakang kaunter CIMB aku nampak En Jamal terjenguk-jenguk. Still tak keluar jugak jupe aku. Thru Cik Yushina, En Jamal kata aku kena tunggu kad ATM tu sampai dari CIMB Bayan Baru. Tunggu lagi?? Sakit hati tak terkata. Macam nak mengamuk jek kat situ. Tapi memandangkan tak nak nampak buruk perangai aku blah cenggitu jek. Yerr...aku pernah tengok orang mengamuk kat kaunter. Giler hodoh. Aku tak nak jadi macam orang tu. Hahaahaa.. Sempat lagi sue??

3.28pm
Aku call Izwan CIMB Bayan Baru nak tanya dia dah pos kad aku ke blom. Dia minta No i/c (AGAIN!!) Dia cakap bukan dia yang incharge benda ni. Tapi Izani. Selama ni dia tolong jek. (Plak dah???) Then aku minta dia pass call kat Izani. Line busy. Dia kata dia akan inform Izani. Ahhhhh...sangat menyampahkan la si Izwan ni. Sabar lagi.

11 Januari 2011
9.56am
Izwan CIMB Bayan Baru call aku. Dia kata pagi ni juga dia akan hantar kad aku. Lusa confirm sampai. (Lerrrr...selama ni yang ko kata ko da pos tu ko pos menatang aper????) Aku malas nak mengamuk sebab kalau aku mengamuk bleh spoil mood aku the whole day.

13 Januari 2011
Aku hantar salinan akaun Maybank kat admin. Nak tukar gaji masuk Maybank. Cukup-cukuplah dengan CIMB. Akak tu cakap gaji bulan 1 dan 2 dah siap. Bulan 3 baru bleh start gaji masuk Maybank. Aku no hal. Janji tak payah masuk CIMB dah. Enuff is enuff..

14 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. ATM kad still blom sampai. Sepatutnya kalau ikut janji manis Si Izwan tu semalam kad tu patut dah sampai. Bengang. Aku call Zawiyah CIMB call center. Sorang awek jawab. Bleh plak tanya Zawiyah mana. Bengang. Aku letak. Aku call CIMB call center. Sorang mamat yang pick up nama Rizal. Aku minta dia sambung kat Zawiyah. Dia tanya apa prob aku nak tolong kononnya. Aku cakap aku nak terminate ATM kad aku yang dah dekat sebulan tak sampai-sampai lagi dari Penang. Tau apa dia jawab?? Kena tunggu. Benda tu prosedur. Dia tak bleh nak  buat pape. WTH!!! AKJHIUY&^%^$^#%$#%$#%$%^ 
Jawapan sengal macam ni aku tak bleh terima. Aku dah dengar jawapan ni 3 Jan lepas. Ko nak ulang lagi. Kalau public sector fine! Sebab kita dah sangat sedia maklum banyak karenah birokrasi. Tapi yang ni CIMB Bank okeh. Bukan Bank of Kampung Pisang yang customer sumer zombie!!! Aku cakap aku tak kan bayar sebab masalah kad aku tak sampai-sampai disebabkan CIMB staf yang tak efficient. Nape aku mesti bayar. Pastu dia cakap aku kena cakap sendri dengan Branch Manager CIMB Bank yang aku nak buat kad baru tu sama ada aku bleh dapat exception ke tak. Aku minta ID Staf si Rizal ni. Sebab kalau aku jupe Branch Manager CIMB Kola Perlis aku bleh bagi ID Si Rizal ni. Korang rasa Rizal ni bagi tak ID dier?? Yer..tepat sekali. Rizal ni tak nak bagi. Dia terus cakap kat aku yang dia akan pass call aku tu kat Zawiyah. Mampus dia nyesal giler sebab gatal nak tolong settle prob aku kununnya. Punya la lambat tunggu Zawiyah tu pick up aku pon terus letak tepon.

17 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. Kad aku dah sampai. Lunch hour aku pi amek. En Jamal cakap baru sangat sampai. Tengah panas lagi. Aku tanya juga berapa hari biasanya kalau pos berdaftar nih nak sampai. Dia cakap 1 hari jek kalau dari Penang. See..... Aku dah agak. Izwan hampeh tu yang lembap, slow, bengong ^&*&@^67GIUYYYURRFHJY$$#%$$%$%$...

So..conclusion:

1) CIMB Call Center memang out la service diorang. Aku tak sure diorang record ke tak conversation semua customer dengan staff diorang. Sebab Khairul yang aku call pada 3 Januari 2011 kurang ajar siot!

2) Diorang patut check balik SOP CIMB call center. Macam tak reti nak trace back complaint aku. Ke memang diorang tak record complaint aku. Sib baik aku tulis semua benda dalam aku nyer organizer. (Tapi ada jugak 2-3 nama yang terlibat aku lupa sebab tengah angin satu badan) 18 December aku tak record nama pompuan call center tu sebab aku kat shopping mall. Dats y aku lupa nama dia.

3) Bebudak call center tolong la jangan bagi alasan procedure..procedure..procedure. Kalau memang SOP kena jawab macam tu tolong la revise balik SOP tu. Sangat annoying ok.

4) Laki aku cakap aku sabar sangat dengan diorang ni. Bleh tunggu sebulan baru nak ngamuk. Yer...aku paham la keje korang sebab aku pon keje yang kena jupe orang hari-hari. Keje yang provide service kepada orang lain. Hari-hari jupe customer. Tapi keje aku bukan cari untung macam bank. Fine. CIMB cuma hilang 1 customer iaitu aku yang tak buat duit banyak dengan korang. Lagipun kredibiliti dan reputasi korang tak kan terjejas dengan complaint sengkek aku ni kan.

Selepas publish post ni aku terus buat back up untuk blog ni. Risau ada tangan-tangan hantu yang akan spam, hack, block, etc blog aku lepas aku publish entry ni. Yer...suka hati nak kata paranoid ke or perasan-blog-bagus-sangat-sampai-ada-orang-nak-hack. Hakikatnya blog yang tak glamer mana ni pernah di hack oleh hantu mana tah. READ THIS.  
on Monday, January 24, 2011
Seperti satu Malaysia tahu Ayu Raudhah dah selamat jadi bini Zaquan Adha yang bapak ensem tu. Mari layan gambar wedding diorang

Macam ada yang tak kena jek fesyen baju ni

 
 Air mata jantan Zaquan Adha

 Duduk atas lantai je bang??

 Paparazi yang terlibat

 Cantik.. =)

 Si jelita rupawan Rozita Che Wan

 Dah macam pengantin plak aku nengok dia

 Buat per tu bro??

 Sukanya dia..

 Perempuan di luar sana, he's mine ok!!

  
Mazlan pet pet pon ader

Peminat drama melayu mesti kenal pompuan ni.. 


Credit to Asmady Ahmad
Metatags ni penting kalau korang nak tingkatkan traffic. Part of SEO la ni (ye ker??). Tak yah citer panjang jom tengok macam mana. Seperti biasa ayat aku--> senang jek benda ni. Kalau aku bleh buat korang pon mesti bleh buat punya. Tapi aku kena selak banyak blog juga la nak faham function metatags ni. Macam ni la kalau beginner kannn. Tips ni aku amek dari Kaizen Shinobi.  Thanx bro!!

1) Pegi Dashboard--> Design/Layout--> Edit HTML

2) Klik pada box Expand Widget Templates

3) Tekan Ctrl+F dan cari kod di bawah ni



4) Letak kod yang kat bawah ni di bawah kod di atas ni







 5) DESCRITION HERE--> ganti words ni dengan menceritakan serba sedikit tentang blog korang
     KEYWORDS HERE--> ganti words ni dengan keywords blog korang
     AUTHOR NAME--> of course la ganti words ni dengan nama glamer korang

Contoh ni aku amek dari blog bro kaizen shinobi


6) So..kalau puas hati klik SAVE

7) Ehhh...tak habis lagi. Korang try analyze blog korang guna Metatag Analyzer

Ni rupa metatag analyzer kalau korang guna untuk analyze blog korang. Ni pon aku amek dari bor kaizen shinobi. TQ bro!

Semua kena hijau kecuali robot tu merah pon tak per.
Selesai sudah.. Lepas ni aku nak share tips metatags untuk blog post. So kalau orang search kat google blog korang yang listed kat 1st page google. Stay tune yaaa..
on Sunday, January 16, 2011
Aku tatau blog aku kena hack sampailah hari ni bila aku guna metatag analyzer. Terkejut aku bila kuar benda ni


Giler.. Tak pernah dalam hidup guna word fucking. Suci murni tau aku ni. So aku pon try la google pasal fucking laser ni. Ni yang aku dapat.


Laaaa... blog mama miya pon kena. Kalau google blog aku ni rupanya.


Tolong aku. Cane nak remove benda ni..???
on Friday, January 7, 2011
 Ni la rupa rumah sewa aku masa banjir 4 November 2010.
Kalau perasan dah surut sejengkal tu. Nyaris nak kena kipas aircond. Sib baik..

Banjir adalah bencana. Tapi Allah menghadirkan hikmah terhadap sesuatu. Pengalaman, pengajaran dan iktibar akibat banjir-baca kat paper tak sama macam realiti. Percayalah..

Alhamdulillah aku sekeluarga dapat meminimumkan kerosakan masa banjir melanda utara hari tu. setelah berpant lelah tak tido langsung malam sebelum banjir tu sebab nak tinggikan barang dalam rumah. Yang betol-betol lingkup tak bleh pakai almari kasut aku. Masa beli tu ah soh tu cakap solid wood. Memang betol solid wood. Tapi certain part jek solid wood. Beratnya mak aihhh.. Macam 100% solid wood. Kena tipu hidup-hidup dengan ah soh tu. Hampeh.. Sesungguhnya almari kasut itu berharga RM250. 

Almari buku plak retak menanti belah. Tunggu masa jek tu. Harga almost RM200. Almari dapur pon sama. Tunggu masa nak cium tanah. Tapi aku rasa still bleh bertahan setahun lagi. Harga?? Tak ingat. Tikar getah-cuci dan pakai balik walopon dah tak semenggah. So RM500 tu bleh ar buat beli almari kasut baru, cover balik ongkos membeli peralatan mencuci rumah akibat banjir dan membeli peralatan untuk menghadapi 2nd wave. So RM500 tu apabila ditambah tolak bahagi makanya menjadi -RM500. Yerr..tak cukup. Tapi better than nothing. 

Thanx kepada mereka yang masih ingat untuk merealisasikan janji membantu mangsa banjir. Peruntukan yang diberi kerajaan harap-harap sampai kepada yang berhak dan yang memerlukan. Harap digunakan sebaik-baiknya. Banyak jalan rosak lepaa banjir tu wehhh... Tolong guna duit berpuluh juta tu untuk repair jalan. Jangan simpan kat tempat yang tidak sepatutnya iaitu poket masing-masing. Jenuh nak menjawab kat akhirat plak nanti.

Duit dah dapat. Tapi RM250 dipulangkan balik kepada kerajaan kerana bayar saman ekor. Muahahaaa...
on Wednesday, January 5, 2011
Benda ni aku belajar dari http://born2touchurheart.blogspot.com

Blockquote tu kotak macam kat bawah ni.

Happy New Year 2011

Senang jek rupanya

1) Klik design--> edit html

2) Klik box expand widget templates

3) Tekan ctrl+f dan cari
.post blockqoute{

4) Then letak code di bawah sebelum code kat atas tu


.post blockquote {
background:url(http://www.backgroundlabs.com/
backgrounds/195.gif);
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
padding: 6px;
Border: 1px solid #ff0d62;
margin:1em 20px;
}
5) Then klik save templates.

Nak tau berkesan ke tak kena test la kan.

1) Pegi kat new post.

2) Taip la sesuka hati.

3) Highlight kan ayat yang korang nak quotekan tu, then klik button quote tu seperti dibawah


4) Siap!!! Dalam entry yang tengah korang compose tu memang tak nampak. Kalau nak nampak kena preview kay. Kalau publish dia akan keluar. So jangan panik dan ingat tak jadi plak.

Cuba laaaa!!
on Tuesday, January 4, 2011


YANG TAK BEST
  1. Permulaan 2010 sangat..... (tatau nak gambarkan macam mana kesengsaraan aku dengan keje yang menggunung). Sangat sebok okeh. Nak merealisasikan impian papa jib untuk memberi kemudahan kesihatan untuk semua kamu. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Harus kamu..kamu..kamu semua ingat dalam merealisasikan semua itu berapa banyak anak dan suami di muka bumi ni yang terabai andai mereka punya isteri seperti saya. Jangan sebut pasal duit overtime, elaun atau apa-apa imbuhan kerana ianya sangat mengguris hati kecil saya. Kerana saya tak dapat semua tu. (uiiiii...bapak emo!!) Nak tau cerita lanjut baca ni........ juga ni 
  2. Aku gagal dalam interview untuk dapatkan scholarship sambung master. Inilah kekecewaan terbesar aku untuk tahun 2010. Kerana aku tidak pernah gagal dan aku tak bersedia mental dan fizikal untuk gagal. Giler down wehhh.. Namun macam selalu orang kata setiap benda ada hikmahnya. Dan satu persatu hikmah itu datang kepada aku. Haihhhh...sungguh besar kuasaNYA. DIA lebih mengetahui sesuatu yang kita tak tahu. Dan aku sangat bersyukur kerna tidak ditakdirkan untuk dapat scholar dan sambung master. Ayat last ni ayat penyedap hati jugak ni. Hakikatnya sampai sekarang aku masih terkilan. Hahahaaa... Kerna kekecewaan ini aku akan hold kejap pikir pasal sambung master sehingga umur aku 31 tahun kerna aku ada ageda lain. Moga direstuiNYA.
  3. Kerna tuntutan kerja sampai malam (untuk memberi khidmat kepada kamu..kamu dan juga kamu) dan juga tugas kepada kamu untuk mengubati kerinduan kamu terhadap morphine dan heroin serta projek papa jib akhirnya membawa kepada tekanan yang melimpahi family aku. Dengan kesabaran menghadapi proses pembesaran dan pembelajaran ilham yang sangat mencabar. Jadi aku hanya mampu SABAR..SABAR..dan SABAR. Akhirnya pada Oktober 2010 aku berpeluang untuk lari dari opis kecil ini apabila ada kekosongan di opis yang lain. Penghujung 2010 aku mendapat khabar gembira apabila permohonan aku mendapat green light bos besar apatah lagi disokong oleh kedatangan officer baru untuk mengganti tempat aku. (Eh..sue. Bukan ke patut masuk bawah benda yang best 2010?) Tidakkkkkkkkkk. Semalam aku dapat tau aku tak bleh tukar. Tak bleh..tak bleh..tak bleh!!!
  4. Aku lulus ujian untuk naik gaji dengan jayanya. Weeehooooo.. Tapi tak naik pon sebab dah naik pangkat.

YANG BEST
  1. Aku naik pangkat babe. Berkuatkuasa 9 Mac 2010. So aku dapat tunggakan gaji sebab bulan7 ker 8 baru gaji naik. Dari sejak hari naik gaji dan dapat tunggakan tu aku berniat nak belanja semua staf tapi asik tertanggguh jek sebab malas nak cari catering yang best kat Perlis ni. Sesapa tau tak caterer yang best kat Perlis??? 
  2. Projek besar papa jib dialihkan pemantauaannya kepada opis besar bermula September 2010. Giler euphoria. So tak payahlah lagi aku nak jawab soalan kenapa opis ikan bilis macam aku diberi tanggungjawab untuk memantau projek besar itu. Jangan cakap kami diberi tanggungjawab itu kerana kepentingan individu tertentu di opis ikan bilis aku kerana hakikat sebenarnya semua opis tak kan nak projek ini dimonitor oleh mereka (aku berani kerat kuku kalau ada yang volunteer nak =p)
2011 menjelma. Nak tutup buku 2010 dan bakar sampai jadi abu. Aku mengharapkan sesuatu yang indah untuk dikenang pada tahun ni. So that entry untuk permulaan tahun 2012, yang best lagi banyak dari yang tak best. Restui aku Ya Rabbi... Aminnnnnnnnn..