Bantuan RM500 untuk mangsa banjir

on Friday, January 7, 2011
 Ni la rupa rumah sewa aku masa banjir 4 November 2010.
Kalau perasan dah surut sejengkal tu. Nyaris nak kena kipas aircond. Sib baik..

Banjir adalah bencana. Tapi Allah menghadirkan hikmah terhadap sesuatu. Pengalaman, pengajaran dan iktibar akibat banjir-baca kat paper tak sama macam realiti. Percayalah..

Alhamdulillah aku sekeluarga dapat meminimumkan kerosakan masa banjir melanda utara hari tu. setelah berpant lelah tak tido langsung malam sebelum banjir tu sebab nak tinggikan barang dalam rumah. Yang betol-betol lingkup tak bleh pakai almari kasut aku. Masa beli tu ah soh tu cakap solid wood. Memang betol solid wood. Tapi certain part jek solid wood. Beratnya mak aihhh.. Macam 100% solid wood. Kena tipu hidup-hidup dengan ah soh tu. Hampeh.. Sesungguhnya almari kasut itu berharga RM250. 

Almari buku plak retak menanti belah. Tunggu masa jek tu. Harga almost RM200. Almari dapur pon sama. Tunggu masa nak cium tanah. Tapi aku rasa still bleh bertahan setahun lagi. Harga?? Tak ingat. Tikar getah-cuci dan pakai balik walopon dah tak semenggah. So RM500 tu bleh ar buat beli almari kasut baru, cover balik ongkos membeli peralatan mencuci rumah akibat banjir dan membeli peralatan untuk menghadapi 2nd wave. So RM500 tu apabila ditambah tolak bahagi makanya menjadi -RM500. Yerr..tak cukup. Tapi better than nothing. 

Thanx kepada mereka yang masih ingat untuk merealisasikan janji membantu mangsa banjir. Peruntukan yang diberi kerajaan harap-harap sampai kepada yang berhak dan yang memerlukan. Harap digunakan sebaik-baiknya. Banyak jalan rosak lepaa banjir tu wehhh... Tolong guna duit berpuluh juta tu untuk repair jalan. Jangan simpan kat tempat yang tidak sepatutnya iaitu poket masing-masing. Jenuh nak menjawab kat akhirat plak nanti.

Duit dah dapat. Tapi RM250 dipulangkan balik kepada kerajaan kerana bayar saman ekor. Muahahaaa...

0 comments:

Post a Comment