Yang best dan yang tak best nya 2010

on Tuesday, January 4, 2011


YANG TAK BEST
  1. Permulaan 2010 sangat..... (tatau nak gambarkan macam mana kesengsaraan aku dengan keje yang menggunung). Sangat sebok okeh. Nak merealisasikan impian papa jib untuk memberi kemudahan kesihatan untuk semua kamu. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Harus kamu..kamu..kamu semua ingat dalam merealisasikan semua itu berapa banyak anak dan suami di muka bumi ni yang terabai andai mereka punya isteri seperti saya. Jangan sebut pasal duit overtime, elaun atau apa-apa imbuhan kerana ianya sangat mengguris hati kecil saya. Kerana saya tak dapat semua tu. (uiiiii...bapak emo!!) Nak tau cerita lanjut baca ni........ juga ni 
  2. Aku gagal dalam interview untuk dapatkan scholarship sambung master. Inilah kekecewaan terbesar aku untuk tahun 2010. Kerana aku tidak pernah gagal dan aku tak bersedia mental dan fizikal untuk gagal. Giler down wehhh.. Namun macam selalu orang kata setiap benda ada hikmahnya. Dan satu persatu hikmah itu datang kepada aku. Haihhhh...sungguh besar kuasaNYA. DIA lebih mengetahui sesuatu yang kita tak tahu. Dan aku sangat bersyukur kerna tidak ditakdirkan untuk dapat scholar dan sambung master. Ayat last ni ayat penyedap hati jugak ni. Hakikatnya sampai sekarang aku masih terkilan. Hahahaaa... Kerna kekecewaan ini aku akan hold kejap pikir pasal sambung master sehingga umur aku 31 tahun kerna aku ada ageda lain. Moga direstuiNYA.
  3. Kerna tuntutan kerja sampai malam (untuk memberi khidmat kepada kamu..kamu dan juga kamu) dan juga tugas kepada kamu untuk mengubati kerinduan kamu terhadap morphine dan heroin serta projek papa jib akhirnya membawa kepada tekanan yang melimpahi family aku. Dengan kesabaran menghadapi proses pembesaran dan pembelajaran ilham yang sangat mencabar. Jadi aku hanya mampu SABAR..SABAR..dan SABAR. Akhirnya pada Oktober 2010 aku berpeluang untuk lari dari opis kecil ini apabila ada kekosongan di opis yang lain. Penghujung 2010 aku mendapat khabar gembira apabila permohonan aku mendapat green light bos besar apatah lagi disokong oleh kedatangan officer baru untuk mengganti tempat aku. (Eh..sue. Bukan ke patut masuk bawah benda yang best 2010?) Tidakkkkkkkkkk. Semalam aku dapat tau aku tak bleh tukar. Tak bleh..tak bleh..tak bleh!!!
  4. Aku lulus ujian untuk naik gaji dengan jayanya. Weeehooooo.. Tapi tak naik pon sebab dah naik pangkat.

YANG BEST
  1. Aku naik pangkat babe. Berkuatkuasa 9 Mac 2010. So aku dapat tunggakan gaji sebab bulan7 ker 8 baru gaji naik. Dari sejak hari naik gaji dan dapat tunggakan tu aku berniat nak belanja semua staf tapi asik tertanggguh jek sebab malas nak cari catering yang best kat Perlis ni. Sesapa tau tak caterer yang best kat Perlis??? 
  2. Projek besar papa jib dialihkan pemantauaannya kepada opis besar bermula September 2010. Giler euphoria. So tak payahlah lagi aku nak jawab soalan kenapa opis ikan bilis macam aku diberi tanggungjawab untuk memantau projek besar itu. Jangan cakap kami diberi tanggungjawab itu kerana kepentingan individu tertentu di opis ikan bilis aku kerana hakikat sebenarnya semua opis tak kan nak projek ini dimonitor oleh mereka (aku berani kerat kuku kalau ada yang volunteer nak =p)
2011 menjelma. Nak tutup buku 2010 dan bakar sampai jadi abu. Aku mengharapkan sesuatu yang indah untuk dikenang pada tahun ni. So that entry untuk permulaan tahun 2012, yang best lagi banyak dari yang tak best. Restui aku Ya Rabbi... Aminnnnnnnnn..

0 comments:

Post a Comment