Buat contest di blog - hanya nak naikkan trafik???

on Friday, March 11, 2011
Bagi blogger yang buat duit melalui blogging, visitors ramai adalah antara perkara yang cukup penting. Or maybe PALING PENTING? Macam-macam cara yang boleh dibuat untuk naikkan trafik. Cara baik ada cara kurang baik pon ada. Tak payah aku nak cerita. Google sendri. Macam-macam tips ada. Terpulang kepada kita nak guna cara mana. Menganjurkan contest di blog adalah salah satu cara yang aku nampak agak berkesan (ataupun patut cakap cara yang sangat berkesan) untuk drive trafik ke blog. Kena plak ko bagi hadiah kaw-kaw kat peserta lagi la sonok orang nak join.

Masa awal-awal blogging dulu rajin jugak la join contest. Sejak 2009 aku blogging aku cuma join dekat 20 contest. Dan pernah menang SATU jek! Okeh. Bleh gelak dan boo ramai-ramai =p. Aku menang contest dari Jiji.  Hadiah dier blog header. Dan blog header tu la aku pakai sampai sekarang. Punya la baiknya Jiji ni siap tukar template jugak nak bagi cocok dengan header. Header sekarang nampak pelik sket kan sebab aku adjust dia nyer width ke apa tah. Kalau yang asal molek jek. 

Contest terbaru yang aku join adalah contest dari Mysuperkids. Hadiah dier Ipad ko. So, juz try my luck. Macam susah jugak sebab nak tunjuk skill dan kreativiti mengikut kehendak Lyna sebagai penganjur contest. Walaupon Lyna dah mention apa yang dia nak dan apa yang dia cari dari peserta tapi susah jugak nak mengekspresikan dalam bentuk penulisan. Apa-apa pon semuanya berbalik kepada skill dan kreativiti. So, end up jadi diri sendiri bila tulis semua artikel tu. Entry yang aku buat untuk contest tu satu pasal MBP vs MSK dan satu lagi pasal Ipad. Feel free to read.

Lyna reveal impact contest Ipad free dalam ENTRY NI. Tak sampai sebulan contest ni berjalan Alexa  Ranking blog dier improve by 50%!! Berbaloi tak Lyna awak labur RM1500+ untuk contest ni?? Hihiii.. Saja jek tanya. Tapi tolong jawab. Sorang peserta pernah tanya pasal ni benda-benda cani jugak kat Lyna.


So, apa Lyna jawab???
Boleh klik sini untuk baca entry peserta ni. Letak kat tepi sat cerita tu sebab aku nak sentuh pasal task untuk contest ni. Kat bawah ni aku copy  n paste task dier. Tengok SINI for details.

Untuk audition ni, peserta hanya perlu tulis artikel berkaitan “Saya Mahu….. Dari Blog…..”. Sebagai contoh,
  1. “Saya Mahu Ilmu Dari Blog SaifulIslam”,
  2. “Saya Mahu Trafik Dari Blog Redmummy” atau
  3. boleh jugak “Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids”, hehe.
Anda boleh “Mahu” apa saja, hatta bende tak logik pun; ala-ala fantasi gitew. Dan “dari” mana-mana blog, tak semestinya dari blog MySuperKids nie. Justeru, anda boleh tonjolkan kreativiti anda almost tanpa sepadan (PERINGATAN: benda2 terlarang di haramkan sama sekali).

Aku ada tengok dan tinjau serta jenguk peserta-peserta lain punya entry. SINI sebahagian dari artikel diorang yang telah dicompilekan. Aku terserempak dengan satu artikel yang sangat informative. Suka..suka..suka sampai aku bookmark artikel tu.


So, contest ni expose macam-macam blog/website yang setiap peserta suka. Tiap-tiap hari blogwalking memang takkan habis nak jenguk semua blog/website kat dunia ni. Contest ni bagi jalan jugak la kat aku untuk jenguk website lain yang berlambak-lambak kat luar nun. Kena plak peserta yang compile banyak-banyak website yang diorang suka dalam satu entry. Memang susah nak terserempak dengan website yang  kita suka dan langsung kita follow atau bookmark.

Bila dah terserempak artikel yang best dari peserta contest anjuran MSK ni langsung aku berazam nak baca semua entry diorang. Manatau kot-kot jumpa lagi artikel dan website yang best. Rugi kalau tak grab peluang tu kan. Banyak jugak entry yang aku baca intro jek langsung aku close. Tak baca sampai abes. Paham-paham sendiri la kenapa. Korang baca entry aku sampai abes tak?? Hahahaaa... =p

So, kepada semua blogger kreativiti..kreativiti..kreativiti!! Tema contest pon boleh tambah knowledge seseorang okeh.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

3 comments:

nur said...

memang banyak artikel yang menarik!!

JOM KE: ALL IN ONE
good luck

Mommy Fara said...

wow! awak sgt aktif....selamat berkenalan!

Liza Nova said...

hye.. nice info. dah follow awak.. kalau free jengukla kita :)
http://novaleeza.blogspot.com

Post a Comment