DIA mendengar...

on Monday, September 16, 2013
Cerita ni terjadi lebih kurang 2-3 bulan lepas. Lama dah. Tapi memang niat nak kongsi benda ni kat blog sebab may be boleh memberi manfaat kepada sesetengah orang.

Masalah ni berlaku kat ofis. Di mana ada satu produk yang lagi 2 bulan nak expired tapi stok menimbun. Lebih kurang 45 kotak kalau tak silap. Produk ni pon bukan murah. So bila dah lagi 2 bulan aku pon alert la bos nak buat macam mana. Awal tahun dah alert bos. Dia cakap nanti dia tanya mana-mana fasiliti yang memerlukan. Bila aku alert sekali lagi, bos cakap aku kena call mana-mana fasiliti yang boeh ambil produk tu. Aku kena clearkan hari tu jugak kata bos melalui sms dier.

Haa.. sudah. Hari tu jugak nak clear semua stok produk tu. Dah la orang jarang guna kan. Aku start call fasiliti di Kedah di samping message kawan-kawan ex classmate masa kat universiti dulu. Aku pon shout kat facebook juga sambil tagging kawan-kawan yang berkaitan. 

Jawapan semua orang masa tu negatif. Tak de yang nak produk tu. Masa tu dah pukul 10 pagi kalau tak silap. Dapat sms dari bos lagi tanyakan berapa kotak dah clear. Bertambah stress la aku sebab satu kotak pon orang tak nak. Pastu tau tak apa yang aku terfikir. Solat Dhuha!

So, terus gi toilet ambil wuduk dan buat Solat Dhuha. Lepas tu baca doa Solat Dhuha dengan penuh perasaan. Aku ulang-ulang baca doa solat dhuha tu 2-3 kali kot. Pastu baca doa spesifik. Minta ada orang ambil stok aku tu. Kalau tak nak ambil banyak ambil sikit pon jadi lah. Lepas Solat Dhuha buat RCA pulak. Pon dengan sungguh-sungguh hati ni. Kebetulan ruang solat yang muat untuk sorang solat je kat ofis aku tu, aku memang letak cermin. Haaa.. macam mana aku boleh ada idea nak buat semua tu? Semua tu sifu bisnes aku yang ajar. Pasal ni aku akan share nanti.

Lepas settle semua tu aku pon sambung balik call. Aku da tak call fasiliti kat utara. Aku call area Selangor pulak. Walaupun fasiliti tu tak nak stok aku tapi pegawai yang incharge akan suggest aku call fasiliti tertentu kat Selangor tu. Pada masa yang sama, apa yang aku shout kat Facebook ada kawan yang suggest fasiliti yang banyak guna produk tu. Suggestion ni buat kerja aku makin mudah. Setiap kali sebelum call aku berdoa lagi semoga setiap fasiliti yang aku call akan ambil juga stok aku tu at least sikit. Setiap call lepas-lepas tu kebanyakan fasiliti akan ambil at least dua kotak. Tak terkira dah rasa syukur masa tu. 

Aku tak ingat dah call ke berapa, satu fasiliti tu ambil sampai 10 kotak. Kemudian aku dapat message pulak kat facebook dari senior aku kat USM dulu cakap nak 10 kotak. Akhirnya sebelum pukul 5 petang semua stok tersebut clear! Tak habis-habis dok Alhamdulillah3333.. Dengan rasa leganya aku message bos bagitau good news tu.

So, apa yang aku nak cakap kat sini berdoa adalah salah satu ikhtiar yang cukup berkesan. Doa la banyak-banyak dan mintalah pada Allah tanpa jemu. Sekali pun tak dapat apa yang diminta rasa kecewa tu tak dek sangat. Rasa redha akan menggantikan rasa kecewa tu. Bila rasa serabut atau stress gila, ambil wuduk dan solatlah. Kebetulan masa tu pagi lagi so aku buat Solat Dhuha. Lagipun kan Solat Dhuha kan memurahkan rezeki.

Bebeza sungguh pendekatan aku sekarang dalam menangani masalah. Emotional tu tetap ada. Nama pon pompuan. Tapi Alhamdulillah. Rasa redha dan bersyukur dengan setiap ketentuan Allah lebih banyak. Kan aku dah cakap. Aku sekarang ni adalah aku yang baru. :)


Berdoalah.. Allah mendengar..



0 comments:

Post a Comment