Alhamdulillah... Aku Yang Baru

on Friday, September 13, 2013
Entah kenapa tiba-tiba rasa nak hidupkan balik personal blog ni setelah lebih setahun terbiar tak update. Berhabuk, bersawang tak terkira dah ni. Tiba-tiba jugak rasa nak guna personal domain untuk blog ni. Semua rasa ni datang tiba-tiba.

Bila diselak-selak entry-entry lama, rasa macam kebudak-budakkan gila aku ni. Kebanyakan entry penuh dengan complaint, mengeluh dan cerita-cerita sedih. Memang tak best sangat baca benda-benda merungut dan sedih ni kan. Aura-aura negatif datang melekat. So, bermula dari entry hari ni, takkan ada cerita sedih lagi. Semua cerita happy dan positif. Cerita tak best, cerita sedih kita simpan je kan. Buat apa nak share benda tak best kan. Blog ni untuk tatapan anak-anak di masa depan juga. So, kalau cerita negatif je tak ke nampak macam loser je mak diorang ni kan. Ok. Fine. Sedih itu normal. Tapi sikit-sikit sudahlah. Jadi, kebanyakan entry yang tak best untuk dibaca aku revert kepada draft. Memang asalnya blog ni terhasil pun disebabkan nak melepaskan rasa tension, boring, rasa marah, tak puas hati dan segala rasa-rasa yang tak elok. Cukup-cukup la rasa-rasa tak elok tu. Kita ambil rasa-rasa gembira, riang ria dan manis untuk dikongsi di sini.

Woww.. Unbelievable. Rasa makin matang dan semakin positif pulak. Blog dan Facebook menemukan aku dengan ramai orang hebat di luar sana. Lantas mengubah cara pemikiran aku. Alhamdulillah. Allah menemukan aku dengan orang yang berjaya dan hebat. Pada usia yang bakal menginjak ke 31 tahun pada 26 September ni (InsyaAllah jika dipanjangkan usia), persepsi aku terhadap kehidupan semakin berubah. Dah tu ko.. Anak dah nak masuk 3. Takkan masih macam dulu. Kena la jadi contoh terbaik untuk anak-anak. 

InsyaAllah.. Semoga menjadi lebih konsisten dalam mengemaskini blog ni. Ada ke yang nak baca? Hihiii..

2 comments:

Puteri Bt Ahmad said...

ai baca!hahahahhaha setahun kot tak update.hahahah :D all the best, kak :p

SUE said...

MUahahahaa... malu ai tau. u ni kan.
byk benda nak cerita & nak gosip yg tak sesuai dgn niche blog vitamin2u.net
SO, sini la kan nak gosip pape pon :P

Post a Comment