Memang begitukah?

on Sunday, September 15, 2013
Syukur Alhamdulillah...

Mak dan abah masih sihat dan kuat sehingga ke hari ini. Masih sihat untuk melakukan segala urusan sendiri. Masih sihat untuk masak untuk kami adik beradik dan tetamu setiap kali Raya. Masih sihat untuk melayan cucu-cucu. Masih sihat untuk ke masjid dan majlis-majlis ilmu. Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan kesihatan yang baik untuk mak dan abah.

Setiap kali dada berasa sangat sesak dengan masalah, setiap kali tu lah aku teringat mak. Masa tu mesti rasa tak tertahan-tahan nak balik rumah mak. Kalau mak tak dek sebab pi melancong ke mana-mana, dapat tengok rumah mak pon dah rasa cukup. Sungguh.. sejak berkahwin rasa kasih kat mak dan abah semakin menggunung. Melihat wajah mak dan abah sudah cukup untuk meringankan segala bebanan yang ditanggung. Kekuatan aku dengan anak nak masuk tiga dah ni sebahagiannya adalah kerana mak dan abah. Mengada-ngada kan.. Haha.. Seriously.. takut nak memikirkan macam mana hidup aku tanpa mak dan abah. Sob.. Sob.. 

#feeling sorang-sorang tengah malam



0 comments:

Post a Comment