Pengalaman Bisnes Online

on Monday, September 30, 2013
Aku tau ramai kat luar sana nak berbisnes tapi tatau nak buat bisnes apa. Ada juga dah decide nak buat bisnes online tapi tatau nak jual apa. Dah tau nak jual apa untuk bisnes online tapi tatau nak cari supplier kat mana. Dah dapat supplier tapi tak jumpa supplier yang boleh bagi murah.

3 tahun dulu aku macam tu jugak. Mungkin ramai kat luar sana dah tahu aku sekarang tengah buat bisnes online produk Shaklee. Sebelum buat bisnes online Shaklee aku pernah buat bisnes fotografi bersama suami dan juga bisnes jual barang-barang baby. Setiap bisnes mempunyai cabaran tersendiri. Bisnes fotografi kami promote secara online melalui blog. Dah nama pun bisnes fotografi, nak tak nak, panas ke hujan ke kena turun jugak tempat kejadian untuk ambil gambar. Manakala bisnes barang baby dan bisnes Shaklee sepenuhnya secara online iaitu menggunakan blog dan Facebook Page.

Aku start bisnes online tanpa ada tok guru pun. Semua pon aku belajar sendiri melalui pembacaan di internet dan melalui pembelian buku termasuklah buku fizikal dan ebook. Buat blog pon aku belajar sendiri-sendiri jek. Try-try sendiri tekan sana tekan sini. Kalau tak reti aku akan cari tutorial kat internet. Masa 3 tahun lepas, tutorial berkaitan blogging dalam Bahasa Melayu tak banyak. Ngadap jugak la tutorial dalam English. Pulun baca macam-macam. Nampak macam menyusahkan diri kan. Elok-elok boleh senang-lenang hujung minggu, elok-elok boleh berehat lepas balik kerja dah pi mengadap benda-benda ni pulak.

Actually rasa seronok sangat dapat belajar dan trybenda baru. Sampai satu tahap rutin balik keja pi keja sehari-hari membuatkan life aku rasa bosan dan tak mencabar langsung. Banyak jugak duit habis beli bahan-bahan bacaan ni. Kadang-kadang tu beli sebab ada bab tertentu dalam buku tu aku nak tahu dan nak belajar dan end up tak baca keseluruhan buku pon selalunya. Membazir? Aku tak rasa membazir langsung sebab beli buku boleh claim pengecualian cukai. Lagipun anak-anak boleh baca bila dah besar nanti. 

Berbalik kepada cerita bisnes online aku. Bila semua benda pun belajar sendiri jadi semua steps pon jadi lambat. Kadang-kadang tu masa yang sepatutnya digunakan untuk marketing produk, aku gunakan untuk belajar dan troubleshoot masalah blog. Bila tak marketkan produk tak de la pembeli kan. Lagi pulak kalau bisnes macam barang-barang baby tu ramai sangat pesaing. Kita lambat kita akan ketinggalan. Jadi macam aku la. Lambat sangat marketkan produk, sampaikan stok yang aku dah beli setahun pon tak habis jual lagi. Bila dah setahun, barang macam baju baby akan keluar design baru maka design lama akan jatuh harga. Stok aku yang lama aku terpaksa jual sebagai jualan stock clearance.

Jadi apabila nak mulakan bisnes online kita perlu ada mentor/cikgu. Kita cari orang yang dah tau asas-asas teknikal pasal blog dan marketing secara online. Jadi, instead of dok cari penyelesaian kat internet, kita boleh tanya mentor kita tu. Dah short cut tu kan. Boleh jimat masa. Masa yang ada kita tumpukan pada marketing produk-produk kita. 

Dalam bisnes Shaklee group aku, mentor yang cekap dalam hal-hal teknikal blog dan marketing blog dah ada. Jadi mudah sangat jadinya. Aku hanya tumpukan hal nak pasarkan produk. Kalau ada apa-apa yang aku tak tau pasal hal teknikal dan marketing melalui blog aku tanya mentor aku. Banyak jimat masa kat situ. Tapi tak bermakna aku bergantung sepenuhnya kat mentor aku. Kadang-kadang dia guide dah betul kita yang buat tak betul. So masalah tu aku kena selesaikan sendiri la kan. 





3 comments:

Dara Bidadari said...

salam sis... mmg betul. saya pun baru nak bukak kedai online ni...tahniah sis dah masuk 6 tahun niaga... jemput jengah blog saya yang tak seberapa http://cantiknatural09.blogspot.com

Dara Bidadari said...

salam sis... mmg betul. saya pun baru nak bukak kedai online ni...tahniah sis dah masuk 6 tahun niaga... jemput jengah blog saya yang tak seberapa http://cantiknatural09.blogspot.com

Dara Bidadari said...

salam sis...thanks sudi share pengalaman bisnes online...saya pun baru bertatih2 nak bisnes online...harap sudi jengah blog saya http://cantiknatural09.blogspot.com

Post a Comment