Mengapa Seorang Isteri Tidak Boleh Menolak Hajat Suami

on Monday, October 28, 2013
Hari ni isu panas sket. Para isteri wajib baca sampai habis. Heheee..
Artikel ni aku share dari blog Puan Norhafizah Madzlan atau nick glamernya di arena blogging-Siti Sifir. Sebagai peringatan untuk aku dan para isteri yang lain di luar sana.
Artikel asalnya di LINK INI.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah,
*Entry ini bukan pandangan pakar. Ia sekadar kesimpulan saya hasil dari perbincangan dengan sahabat-sahabat dan google sini sana. Maka isinya tidak boleh diambil sebagai fakta menyeluruh.
Dalam entry terdahulu, saya telah cuba membincangkan bagaimana hendak meningkatkan oksitosin dalam tubuh. Untuk wanita, ada tiga kaedah untuk memaksimakan rembesan hormon oksitosin iaitu proses melahirkan, penyusuan dan aktiviti seks.
Jadi, kalau diperhati kepada kaedah biologi yang mempengaruhi fisiologi tubuh itu, hanya aktiviti seks sahajalah yang mampu dilakukan oleh orang lelaki untuk meningkatkan oksitosin dalam tubuh? Maka, paniklah sekelian isteri yang ada hehe.. Maklumlah, kita nak juga suami kita tinggi oksitosinnya. Biar dia juga dipenuhi dengan hormon cintan ni kan? Bab ni, jgnlah dirisaukan kerana sebenarnya ada banyak cara untuk top up oksitosin. Cuma kali ini saya mahu ulas perkaitannya dengan orang lelaki.
Pernah dengar bukan hadis berkenaan isteri tidak boleh menolak hajat suami? Banyak sebenarnya hadis yang berkaitan. Apa kata kalian cuba baca dari link di bawah ini. Penulis menulis berlandaskan firman Allah dan sabda Nabi.
Bagaimana Sepatutnya Seorang Isteri Melayan Suami? | Ummu Abdillah - http://ilidalila.wordpress.com/2011/06/09/bagaimana-sepatutnya-seorang-isteri-melayan-suami/
Antara hadis yang masyhur adalah :
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan isnad yang baik. Berkata al-Haithami : Perawi hadis ini adalah perawi al-Sahih kecuali al-Mughirah bin Muslim, beliau adalah thiqah)
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi ; beliau berkata : hadis hasan sahih)
Dalam hadis yang lain pula, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak, dan suami tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Jadi bagaimana kalau menolak untuk melayan suami? Ada ulama berpendapat boleh jadi nusyuz dan gugur hak nafkah yang sepatutnya si isteri itu dapat. Kalian boleh rujuk dalam link yang saya bagi tadi ye.
Sebenarnya saya cuba fikir macam mana proses penghasilan sperma berkaitan dengan larangan menolak ajakan suami ini. As my very dear fren said, xboleh juga nak disabitkan disebabkan proses penghasilan sperma dari sel asal sehingga matangnya mengambil masa 72-90 hari.
Selepas proses itu, sperma akan berkumpul di penghujung salur sperma yang dikenali sebagai 'ampulla', berdekatan pundi seminal dania menunggu waktu untuk dikeluarkan semasa ejakulasi. Jika tidak dikeluarkan maka sperma akan berada disitu selama 5-14 hari.
Mengikut perbincangan kami tempohari, ada sumber yang mengatakan baik untuk berjimak pada hari tertentu. Setelah saya semak dari satu link ke link yang lain, nyata sesetengah pendapat ternyata berpegang kepada hadis yang direka oleh golongan syiah.
Jadi, saya membuat kesimpulan adalah lebih selamat mengambil pendapat Imam Malik yang mengatakan, “Janganlah anda menjauhi sebagian hari-hari di dunia ini, tatkala anda hendak melakukan sebagian tugas pekerjaanmu. Kerjakanlah tugas-tugas itu pada hari sesukamu. Sebab sebenarnya hari-hari itu semua adalah milik ALLAH.Tidak akan menimbulkan malapetaka dan tidak pula boleh membawa manfaat apa-apa”.
Jadi dimana kuncinya? Tiba-tiba saya terlintas! OKSITOSIN!! Jika sekiranya satu-satunya perlakuan proses fisiologi yang boleh meledakkan oksitosin dengan segera yang boleh dilakukan oleh orang lelaki adalah seks, maka itulah alasannya. 
Oleh sebab perkahwinan antara suami isteri telah menghalalkan seks, maka perlulah kita menggunakan proses itu untuk mencapai damai dihati. Malah ini adalah salah satu tujuan perkahwinan yang telah digariskan. 
Malah banyak sekali kajian saintifik yang memberi faedah hasil dari hubungan seks ini diantaranya adalah :
- One study at the National Cancer Institute has demonstrated, however, that men who had sex five times a week or more are less prone to get cancer of the prostate gland.
- And having sex at least weekly in winter is believed to increase resistance to colds and flu, according to researchers at Wilkes University in Pennsylvania.
It is known that having sex increases blood levels of immunoglobulin A6, a substance that binds to invasive organisms in the body, triggering immune system responses to destroy them.
- Scientists at Calgary University in Canada have discovered too that frequent sex can boost a woman's sense of smell by triggering release of the hormone prolactin.
Kalau google manfaat seks ni, rasanya memang banyak. Sesungguhnya apa yang Allah bagi ini adalah tanda kasih sayang Allah pada kita umat manusia.
Janganlah pula kalian salah faham, bila saya kata kaitan isteri tidak boleh menolak keinginan suami adalah kerana mereka perlukan dos oksitosin. Rasanya ramai ustaz selalu sebut perkataan 'penuh air' bila bercerita tentang ini.
Memang ada cara lain untuk hasilkan oksitosin tapi barangkali ledakan yang berlaku selepas proses seks akan memberi lebih ketenangan kepada suami kita.
Sekiranya tidak disalurkan keluar, sperma di dalam ampulla tadi akan terlarut juga ke dalam tubuh sebagai nutrien atau barangkali keluar dengan mimpi basah tetapi seperti yang saya katakan tadi berkenaan tujuan perkahwinan, untuk apa berkahwin, jika kemahuan tidak disalurkan dengan betul.
Jadi, tidaklah juga menjadi kesalahan jika suai beralah sekali sekala memberi peluang kepada isteri sekiranya isteri tidak mampu memberi layanan. Apa yang penting adalah perbincangan dua hala dalam mencapai keharmonian rumahtangga.
Insya Allah saya akan sambung lagi bab oksitosin ini secara general iaitu pukul rata untuk lelaki dan wanita. Cukup rasanya sehingga ini, andai ada fakta yang saya masukkan tidak benar, harap ada yang sudi memberi teguran. Wallahua'lam.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini pulak adalah artikel yang disarankan oleh Puan Norhafizah dalam link awal2 yang disebutkan tadi. Artikel asalnya di LINK NI.

Bagaimana Sepatutnya Seorang Isteri Melayan Suami?
June 9, 2011 by ilidalila
Saya tidak tahu tajuk apa yang patut saya letakkan pada artikel ini. Apa yang saya cuba sampaikan dalam penulisan ini adalah hasil reaksi daripada artikel yang disiarkan dalam surat khabar mengenai saranan untuk melayan suami seperti pe***** kelas pertama.
Pelbagai reaksi yang timbul, ada yang tidak bersetuju dan ada juga yang bersetuju. Adapun saya, pada mulanya saya terkejut membaca tajuk artikel tetapi akhirnya saya merasa insaf membaca artikel ini tatkala melihat petikan hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam yang berbunyi : ”Jika seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah dia (ke dalam syurga) melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.” (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya). Selepas itu, saya seakan terlupa tujuan sebenar saya untuk menilai tajuk artikel yang menyentuh sensitiviti masyarakat itu, sebaliknya saya mula menilai diri saya. 
Selesai membaca artikel ini, saya terus terbayangkan keadaan di mana isteri menolak hajat suami. Seorang kawan kepada suami saya sendiri pernah mengadu kepadanya, isteri yang kepenatan pulang bekerja selalu memberi bermacam alasan kerana tidak dapat memenuhi permintaan suami. Saya pernah terbaca fenomena di mana isteri tidak membenarkan dirinya digauli suami selama 7 bulan dalam tempoh mengandung; ditambah pula beberapa bulan selepas melahirkan. Adakah kita para isteri faham apa yang dirasai dan dilalui suami ketika ini? Saya tidak tahu samada fenomena-fenomena ini boleh menyebabkan suami cari makan luar atau tidak. Tapi yang pasti, ia mempunyai ancaman yang besar di sisi syara’. Oleh itu, marilah kita semua para isteri muhasabah dan menilai kembali bagaimanakah khidmat kita kepada suami, baik khidmat batin mahupun zahir.
Seorang wanita datang kepada Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam, dan Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam berkata kepadanya : ”Adakah engkau mempunyai suami?” Kata wanita itu : Ya, ada. Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam berkata kepadanya : ”Bagaimanakah engkau terhadapnya (iaitu redhanya, murkanya terhadapmu dan bagaimana pula khidmatmu kepadanya?)”. Kata wanita itu : Sesungguhnya aku tidak mengurangi apa-apa pun dari haknya kecuali apa yang benar-benar aku tidak mampu. Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Lihatlah di mana engkau di sisinya, sesungguhnya dia adalah syurgamu dan nerakamu.” (Diriwayatkan oleh Malik dalam al-Muwaththa’). Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menyuruh para isteri supaya sentiasa menimbang, memuhasabah dan menilai, apakah suami redha atau murka kepadanya. Apakah suami berpuas hati dengan khidmatnya? Kerana redha atau murkanya suami boleh menjadi faktor samada si isteri tadi ke syurga atau ke neraka. 
Apakah tuntutan Islam dalam hal ini; iaitu melayan dan memenuhi hajat suami? Apakah anjurannya? Apakah garis panduannya? Apa pula ancaman meninggalkannya? Apakah ada pantang larangnya? Mari belajar bagaimana melayan suami menurut al-Quran dan Sunnah.
Tujuan perkahwinan 
 Sebelum kita menjawab soalan-soalan di atas, mari kita sama-sama imbas kembali apakah tujuan sebenar disyariatkan perkahwinan. Dalam sebuah hadis, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam ada berkata : ”Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu untuk bernikah, maka bernikahlah; sesungguhnya itu lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kehormatan. Barangsiapa yang tidak mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya ia dapat memadamkan syahwat.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis ini, jelas menunjukkan bahawa anjuran Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam supaya para pemuda itu bernikah adalah untuk menjaga penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang haram. Begitu juga untuk memelihara syahwat mereka daripada disalurkan kepada yang haram. Sebaliknya, dengan pernikahan mereka dapat meleraikan gelojak syahwat dengan menyalurkannya ke jalan yang halal.  Dan mereka boleh melihat sesuatu yang asalnya adalah haram, tetapi dengan pernikahan ianya menjadi halal. 
Berkata al-Syaikh al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Aadab al-Zifaaf : ”Hendaklah kedua-dua suami dan isteri itu meniatkan dengan pernikahan mereka itu untuk menyalurkan nafsu mereka ke jalan yang halal dan memelihara diri mereka daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Sesungguhnya persetubuhan mereka itu ditulis sebagai sedekah seperti yang disebut dalam hadis Abu Dzar radhiyallahu ’anhu : ”Apakah jika salah seorang daripada kami mendatangi syahwatnya, adakah pahala baginya? Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menjawab : Katakanlah padaku, jika dia meletakkannya pada sesuatu yang haram, adakah dia mendapat dosa? Begitu jugalah sekiranya dia meletakkannya pada yang halal, maka dia akan mendapat pahala.” (Diriwayatkan oleh Muslim) [Aadab al-Zifaaf, 64] 
Al-Imam al-Nawawi berkata : ’Hadis ini menjadi dalil bahawa suatu perkara yang mubah (harus) itu boleh menjadi suatu amal ketaatan dengan niat yang benar. Contohnya, jima’ boleh menjadi ibadah sekiranya ia diniatkan untuk menunaikan hak isteri / suami serta meniatkan untuk bergaul dengannya secara baik seperti yang diperintahkan oleh Allah, atau untuk mendapat anak yang soleh, atau menundukkan syahwat suami / isteri daripada mendatangi yang haram lantas menghalangnya daripada melihat, memikirkan atau menginginkan yang haram dan lain-lain niat yang baik’. (Syarh Sahih Muslim, 4/100) 
Dalam satu hadis yang lain pula, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Tiga golongan yang pasti mendapat pertolongan dari Allah : orang yang berperang di jalan Allah, hamba yang hendak membayar al-mukatabah dan orang yang hendak bernikah kerana hendak memelihara kehormatan dirinya.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi; beliau berkata : Hadis hasan sahih) 
Benar, tujuan perkahwinan itu ada banyak, tetapi salah satu antara yang terutama yang mana jelas sekali daripada hadis-hadis ini bahawa menikah untuk tujuan menyalurkan nafsu syahwat ke jalan yang halal bukanlah satu tujuan yang ’jijik’ atau ’tidak patut’. Bahkan ia adalah satu tujuan yang mulia demi untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
Jima’ : menurut al-Quran dan Sunnah 
 Adakah saya terlalu terbuka dalam masalah ini? Perkara ini telah direkodkan oleh para ulama’ beratus tahun dahulu. Mereka –rahimahumullah- telah mentafsirkan ayat dan mensyarahkan hadis-hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam yang menyentuh cara berjima’ serta the do’s and dont’s. Mari kita olah semula isu ini dalam bahasa yang mudah untuk kita fahami. 
Dalam ayat 223 surah al-Baqarah, Allah menyebut yang maksudnya : ”Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.” 
Isteri itu diumpamakan dengan kebun kerana kebun / ladang / bumi jika ditanam benih padanya, maka akan tumbuhlah pokok / tumbuhan. Begitu jugalah dengan isteri, jika disetubuhi / diberi benih si suami, maka akan terhasillah anak dengan izin Allah [Lihat : Aysar at-Tafaasir, Abu Bakar al-Jazaa-iri, 35] 
Dalam ayat ini juga Allah mengajar manusia bagaimana untuk mendatangi isteri. Suami boleh mendatangi isteri dengan apa jua cara yang dia mahu, samada dari hadapan atau belakang tetapi hanya melalui qubul dan bukan dubur. Dari Jabir radhiyallahu ’anhu berkata : Orang Yahudi berkata : Jika seorang suami itu menyetubuhi isterinya dari belakang (melalui qubul), maka anak yang terhasil akan menjadi juling. Maka turunlah ayat : ”Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). 
Abdullah bin Saabith datang menemui Hafsah bint AbdirRahman bin Abi Bakr, dia berkata : Aku hendak bertanya satu soalan kepadamu tetapi aku malu. Hafsah berkata : Janganlah engkau malu wahai anak saudaraku. Dia berkata : Bagaimana hukum mendatangi isteri melalui dubur? Hafsah berkata : Ummu Salamah memberitahuku bahawa orang Ansar tidak mendatangi isteri mereka dari belakang. Orang Yahudi mengatakan siapa yang mendatangi isteri mereka dari belakang, anak yang terhasil akan menjadi juling. Apabila kaum Muhajiruun datang ke Madinah dan menikahi wanita-wanita Ansar, mereka mendatangi para isteri dari belakang. Si isteri enggan mentaati suami mereka dan berkata : Janganlah kamu lakukan sebegitu sehingga aku berjumpa Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam. Wanita tadi berjumpa dengan Ummu Salamah dan mengkhabarkannya mengenai perkara itu. Wanita itu malu untuk bertanya kepada Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam. Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam menyuruh Ummu Salamah memanggil wanita itu dan Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam membacakan ayat : ” Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..”, dan kata Baginda shallallahu ’alayhi wa sallam : ”Asalkan melalui qubul.” (Diriwayatkan oleh Ahmad; Syu’aib al-Arna-uth berkata : Isnadnya hasan) 
Para wanita Ansar enggan didatangi dari belakang kerana telah terbiasa dengan cara Yahudi yang mana para wanita mereka didatangi dari tepi / sisi, kerana menurut mereka cara ini lebih tertutup bagi isteri. Ini disebut dalam sebuah athar oleh Ibn Umar radhiyallahu ’anhu [lihat : Tafsir Ibn Kathir, 1/273]. Tetapi Islam datang menyatakan bahawa suami boleh mendatangi isteri dengan cara mana pun asalkan melalui qubul (pantang larang lain akan disebut kemudian insha Allah). 
Jima’ dibolehkan pada bila-bila masa, oleh itu isteri wajib mentaati suami dalam hal ini tidak kira siang atau malam. Tidak ada hari-hari tertentu yang dimakruhkan jima’ padanya. 
Pantang larang dalam perhubungan intim antara suami dan isteri Apakah keadaan yang diharamkan jima’?
1-     puasa fardhu
2-    i’tikaf
3-    dalam keadaan ihram – haji atau umrah
4-    haid dan nifas
dan beberapa keadaan lain yang melibatkan iila’, zihar dan talaq. 
Diharamkan melakukan persetubuhan melalui jalan dubur. Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Sesungguhnya Allah tidak malu dengan kebenaran, janganlah datangi isteri kamu melalui dubur.” (Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie, Ibn Majah dan al-Baihaqi) 
Kewajipan isteri memenuhi hajat suami 
 Isteri wajib mentaati suami kerana hak qawwamah (kepimpinan) yang telah diberi oleh Allah kepada suami seperti yang disebut dalam surah al-Nisa’ ayat 34. Tidak ada maknanya hak qawwamah ini jika tidak disertai dengan hak ketaatan. Terdapat beberapa cabang perkara yang perlu diberi  ketaatan oleh isteri; antaranya ketaatan dalam memenuhi hajat suami, ketaatan dalam urusan taharah, ketaatan dalam urusan kebersihan tubuh badan dan perhiasan, ketaatan untuk tetap di rumah, ketaatan untuk memelihara harta suami dan lain-lain lagi dalam semua hal. Walaubagaimana pun, perlu diingatkan di sini, walaupun hak ketaatan itu sangat besar bagi suami namun isteri tidak boleh taat jika suami menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah. Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam menyebut : ”Mendengar dan patuh pada seseorang Muslim itu dalam hal yang dia sukai atau pun yang dibenci adalah selagi mana dia tidak disuruh melakukan maksiat. Jika dia menyuruh sesuatu yang maksiat, maka janganlah dengar dan patuh padanya.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi; beliau berkata : Hadis hasan sahih) 
Tulisan akan membincangkan secara khususnya mengenai ketaatan dalam memenuhi hajat suami. 
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan isnad yang baik. Berkata al-Haithami : Perawi hadis ini adalah perawi al-Sahih kecuali al-Mughirah bin Muslim, beliau adalah thiqah)
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi ; beliau berkata : hadis hasan sahih) 
Dalam hadis yang lain pula, Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak, dan suami tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sirah Ummahatul Mukminin radhiyallahu ’anhunna pula, kita dapat lihat dalam sebuah hadis, ’Aisyah radhiyallahu ’anha berkata : ”Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha : ‘Aku perlu melangsaikan beberapa hari puasa Ramadhan (yang ditinggalkan), dan tidaklah aku mengqadha’nya melainkan dalam bulan Sya’aban (kerana menyediakan diri untuk Rasulullah shallallahu ’alayhi wa sallam).” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim] 
Lihatlah bagaimana bersungguhnya para isteri Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dalam menyediakan diri mereka untuk Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam sehingga mereka ini menangguhkan puasa qadha’ mereka ke bulan Sya’aban kerana bimbang Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam mungkin menghajati diri mereka pada bila-bila waktu. Ini juga menunjukkan ketinggian adab mereka terhadap Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam. Beginilah sepatutnya kita para isteri berusaha untuk menyediakan diri untuk para suami dan memasukkan kegembiraan dan keredhaan ke dalam hati mereka pada setiap masa. (Lihat : Sahih al-Bukhari, tahqiq Mustafa al-Bugha, 2/689) 
Nusyuz 
 Mengapa isteri berhak mendapat nafkah? Atau dalam erti kata lain mengapa suami wajib memberi nafkah kepada isteri? 
Para fuqaha’ menyebut beberapa sebab antaranya : 
-         Kerana hak yang dimiliki suami untuk ’menahan’ isteri di rumah. Oleh itu, dia tidak dapat keluar mencari rezeki, maka rezekinya mestilah ditanggung oleh suami. Manfaat tetapnya isteri di rumah pula berbalik kepada suami iaitu isteri sentiasa dalam keadaan sedia apabila suami memerlukannya dan ini memelihara suami daripada terjerumus ke dalam perkara haram.
-         Kerana penyerahan diri isteri kepada suami, dan membolehkan suami untuk bersama dan berseronok dengan isteri tanpa sebarang halangan. Saya berpendapat Bahasa Arab lebih jelas dan mendalam maknanya dalam menyampaikan maksud ini : وتمكينه تمكينا تاما من الاستمتاع بها-         Ada juga ulama’ yang mengatakan bahawa sebab wajibnya nafkah adalah akad nikah samada isteri memberi khidmat atau tidak. [Lihat : al-Mufassal, Abdul Karim Zaidan, 7/156]
Makna nusyuz : Ingkarnya seorang isteri terhadap suaminya dalam menjalankan tanggungjawab seperti : menolak untuk bersama, keluar dari rumah tanpa izin, enggan duduk serumah dengan suami, enggan musafir bersama suami dan lain-lain [lihat : al-Mughni, Ibn Qudamah, 8/163]. 
Apakah seorang isteri dikira nusyuz  jika menolak permintaan suami tanpa alasan yang diterima syarak? 
Di sisi al-Syafi’iyah : seorang isteri itu dikira nusyuz sekiranya menolak permintaan suami untuk bersama atau menolak muqaddimah jimak seperti meraba, memegang dan mencium. Dengan ini gugur kewajipan suami untuk memberinya nafkah kerana nusyuznya isteri dalam hal ini. Jika isteri mempunyai alasan yang diterima syarak seperti sakit, haid, puasa Ramadhan dan lain-lain, maka dia tidak dikira nusyuz dan tidak gugur hak nafkahnya. [Lihat : al-Mufassal, Abdul Karim Zaidan, 7/163]. 
Begitu juga jawapan Ibn Taimiyah apabila ditanya mengenai isteri yang menolak permintaan suaminya untuk bersama, kata beliau rahimahullah, isteri ini nusyuz dan gugur hak nafkah daripadanya [Lihat : Majmu’ al-Fatawa, 32/175]
Dan akhirnya, beginilah sepatutnya penyerahan diri seorang isteri kepada suami menurut al-Quran dan Sunnah. Solehahnya seorang isteri bukan semata-mata dinilai dari luaran, sopan santun, lemah gemalainya dia, pakaiannya, ibadahnya, tapi antara karakter terbesar yang menjadi ukuran adalah taatnya dia kepada suami. Walau sekuat mana ibadah, walau selabuh mana hijabnya, jika dia tidak mentaati suaminya dalam urusan yang bukan maksiat, bermakna dia telah mengingkari perintah Allah dan RasulNya. Allahu’alam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Speechless!

0 comments:

Post a Comment