Ohemjiii.. Macam Ni Rupanya Feel Pakai Lip Matte Huda Beauty..!

on Thursday, January 25, 2018
Ada sekali tu, tahun lepas, Sue penah tulis kat FB Sue suka sangat Lip Matte Nyx shade Istanbul. Dalam post tu, Sue tanya jugak lipstick lain yang best. Sue bukan lah sejenis yang make up setiap hari. Bila rasa nak uplift mood baru Sue berbedak berlipstick bagai. Selalunya Sue pakai toner atau moisturizer je. Yerr.. Bedak pon tak pakai.



Hari tu terasa nak beli Lipstick jenama lain. Makanya tanya lah kat FB jenama lipstick apa yang best. Antara lipstick jenama lain yang disarankan kawan-kawan FB Sue:

  • Geeboo
  • Getshera
  • Mary Kay --> ni paling ramai yang suggest
  • MUA
  • Revlon Lip Matte Balm
  • Huda Beauty
  • Shizens
Antara list tu, Sue try Mary Kay. Mula-mula beli shade Rich truffle, then beli Always Apricot kemudian Mauve Movement. Semua tu jenis semi matte. Semua shades tu Sue puas hati. Lagi cantik bila mix Always Apricot+Rich Truffle dan Mauve Movement+Rich Truffle. Yessss.. Sue suka mix pink shades dengan nude colour. Hasil sangat cantik.

Macam tu jugak la kalau pakai Lip Cream Nyx Stockholm. Sue suka mix dengan pink shades jenama lain. 

Paling latest Sue beli Huda Beauty Lip Matte Nude Love Collection. Macam tak caya je terbeli Huda Beauty. Sebab Sue rasa Huda Beauty sangat overprice untuk bajet Sue. Tapi disebabkan kawan Sue yang keje kat Saudi nun nak balik bercuti kat Malaysia, then dia buka pulak order Huda Beauty, makanya terus terasa nak try.



Kat Malaysia pon berlambak je seller Huda Beauty. Even kat Lazada pon banyak. Masalahnya, Sue tatau cara nak check ori ke tak. Makanya, jalan paling selamat order je dari kawan Sue. Mahal mereput betul Huda Beauty ni. Huhuuuu.. Tapi nak feel tu punya pasal, Sue pejam mata je beli.

Fisrt time Sue calit shade Crush dalam Nude Love Collection tu, Sue rasa pesal lah cair sangat tekstur dier. Tak macam Nyx. Dah la tu. Sue terlebih letak. Dier meleleh kat bibir. Tak macam Lip Matte Nyx. Pekat. Rupa-rupanya dier cepat kering. Tekstur sangat 'ringan' dan 'lembut'. Menyebabkan rasa selesa sangat kat bibir. Tak rasa macam pakai lipstick. 

Dan yang paling best. Huda Beauty Lip Matte ni long lasting. Tak la mudah hilang. Tapi mudah tanggal. Sue cuci guna wet tissue je. Dah bersih bibir. Tak payah guna make up remover. 

Untuk Nude Love Collection ni, Sue paling suka shade Wifey dan Sugar Mama. Wahhh.. Isteri dan mak-mak sangat kannn. Sesuai gitu. Hahaaa..

Atas tu Wifey, bawah tu Sugar Mama
Overall, Sue puas hati sangat dengan Lip Matte Huda Beauty. Terasa berbaloi sangat dengan harga dier. Alah membeli memang memakai gitu. Rasanya Sue dah jumpa jenama favourite Sue. Sebelum ni Lip Matte Nyx je. Now dah suka Lip Matte Huda Beauty. Tak sabar tunggu kawan Sue balik Malaysia lagi! Nak reward diri dengan Lip Matte Huda Beauty. Huhuuu..

Korang suka lipstick jenama apa? Meh share sini. Boleh la Sue try nanti.

1 comments:

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment