About Me

Aku Suhaida Suaid. Korang boleh panggil aku Sue. Aku create blog ni sejak tahun 2009. Namun dah berzaman tinggalkan blog ni tak berupdate konon-konon sibuk sangat lah. Seronok berblogging sebab boleh kenal ramai mommies di luar sana yang jauh dari lingkaran aku. Lagi best bila kenal yang sekepala dan mempunyai minat yang sama. Blog ini semakin dipinggirkan lantaran ada Facebook-media sosial yang sangat power. Yer la.. Kawan yang berbelas-belas tahun dan ada yang dah bepuluh tahun tak jumpa boleh terjumpa balik kat Facebook kan.   

Blog ini banyak berkisarkan kehidupan seharian aku sebagai isteri, mama dan kerjaya aku sebagai Pharmacist. Mungkin tidak banyak bezanya dengan wanita-wanita lain di luar sana. Selain daripada blog ini aku juga mempunyai satu lagi blog di mana niche nya lebih kepada kesihatan dan kecantikan. Korang boleh jenguk-jenguk blog aku yang satu lagi  http://vitamin2u.net.

Kalau korang juga blogger seperti aku, jangan segan silu kenalkan diri dan tinggalkan link blog korang kat komen dalam entry ni atau entry-entry lain supaya aku boleh jenguk blog korang nanti. Eh.. ada readers ke kat blog ni. Hehee.. 

Blogging banyak membuka mata dan minda aku. Blogging juga banyak memberi inspirasi dan persepsi baru kepada aku dalam memandang sesuatu perkara. Aku belajar banyak sangat benda melalui blogging. Kepada yang baru nak berblogging, nasihat aku kongsilah benda-benda yang memberi manfaat dan nilai kepada kehidupan orang lain. Sungguh.. kita tidak tahu bila tulisan-tulisan kita ini akan menyentuh kehidupan orang lain dengan cara yang positif. Kita tidak tahu ayat kita yang mana yang akan mengubah dan memberi sinar dalam kehidupan orang lain. Ianya telah berlaku kepada aku ketika membaca blog orang lain.

Untuk pengunjung yang baru, salam perkenalan aku hulurkan. Untuk pengunjung lama, haii... i'm back. Alhamdulillah.. 

Aku dan anak sulong aku :)

-----------------------------------------------------
Suhaida Su'aid
Founder THE FABULOUS (Secret Group)
Founder Persona Medina
My Google+: Suhaida Suaid
WHatsApp: 019-4548200

0 comments:

Post a Comment